Utusan Borneo (Sabah)

Mbappe membuktika­n kehebatann­ya sekali lagi

- (kanan) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol pertama Amerika Syarikat pada perlawanan di Lyon, Perancis kelmarin. — Gambar AFP

LYON, Perancis: Kylian Mbappe membuktika­n kehebatann­ya sekali lagi apabila menjaringk­an gol penyamaan 1-1 untuk Perancis pada perlawanan persediaan terakhir ke Piala Dunia 2018 menentang Amerika Syarikat (AS) Sabtu lepas.

Mbappe, yang sentiasa mengancam pintu gol lawan, menjaringk­an gol pada lewat permainan untuk mengikat gol pembukaan oleh Julian Green dalam separuh masa pertama dengan skuad kendalian Didier Deschamps kelihatan kekurangan tenaga selepas latihan intensif.

Perancis akan memulakan kempen Kumpulan C di Piala Dunia menentang Australia sebelum menentang Peru dan Denmark.

Mereka menguasai permainan ketika menentang AS di Lyon tetapi kekurangan kepantasan kecuali Mbappe.

“Ia sentiasa menarik untuk menang tetapi ia satu perlawanan persedi aan ke Piala Dunia dan kami

kekurangan keyakinan. Kami mempunyai banyak peluang menentang lawan yang tidak memberikan banyak ruang,” kata Deschamps.

“Kami bagaimanap­un mendapat semangat dan keyakinan di akhir permainan.”

Bagi Mbappe, ia perlawanan meyakinkan untuk beliau.

“Saya sudah meningkat dengan baik dalam tiga perlawanan terakhir dan malam ini (Sabtu) saya melakukan apa yang seharusnya saya lakukan,” kata Mbappe.

Pemain tengah, Paul Pogba, yang dikritik teruk selepas beberapa aksi hambar, diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan mempamerka­n aksi memberangs­angkan kali ini.

Perancis mempunyai peluang pada minit ke-21 apabila Mbappe menerima umpanan cantik dari Antoine Griezmann tetapi rembatan penyudah beliau sedikit tersasar.

Djibril Sidibe juga gagal menyempurn­akan peluang dengan baik sebelum Green menyentak keyakinan Perancis dengan gol pembukaan AS pada minit akhir sebelum rehat.

Penyerang Olivier Giroud diganti dengan Ousmade Dembele tidak lama selepas rehat tetapi Dembele kemudian dikeluarka­n selepas mengalami kecederaan di bah a g i a n kepala selepas diasak Matt Miazga.

Mbappe hampir mengikat kedudukan lebih awal pada minit ke-69 tetapi tendangan percuma beliau sekali lagi sedikit tersasar sebelum Griezmann diganti oleh Nabil Fekir.

Mbappe akhirnya mengikat kedudukan apabila menerima umpanan cantik dari Benjamin Pavard pada minit ke-78.

Fekir hampir menjaringk­an gol kemenangan 10 minit sebelum tamat permainan tetapi tendangan percuma beliau ditepis penjaga gol AS, Zack Steffen ketika Perancis menyerang bertubi-tubi di akhir permainan. — Reuters

Ia sentiasa menarik untuk menang tetapi ia satu perlawanan persediaan ke Piala Dunia dan kami kekurangan keyakinan. Kami mempunyai banyak peluang menentang lawan yang tidak memberikan banyak ruang. Didier Deschamps Jurulatih Perancis

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MBAPPE MBAPPE GREEN
MBAPPE MBAPPE GREEN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia