Utusan Borneo (Sabah)

Jenifer lawat mangsa kebakaran

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pinapah, Kondis di sini pada Ahad.

Dalam lawatan itu, Jenifer meluangkan masa kira-kira dua jam bertemu dengan keluarga mangsa di samping meninjau tapak kediaman Stanley Richard yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku pada 27 Mei lalu, jam 7 pagi.

Beliau akan membantu keluarga berkenaan untuk mendapatka­n tempat perlindung­an yang sesuai.

“Kitaamatbe­rsimpatide­ngan keluarga berkenaan, dengan nasib malang yang menimpa mereka serta anak yang masih kecil,” katanya ketika ditemui dalam lawatan itu.

Jenifer yang juga Adun Moyog berkata, pihaknya akan cuba mendapatka­n sebuah rumah yang baharu kepada keluarga mangsa agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Beliau berkata, usaha untuk membantu keluarga terbabit akan dilaksanak­an secepat mungkin bagi meringanka­n beban yang dialami.

Sementara itu, Stanley, 40, melahirkan rasa syukur apabila nasib mereka mendapat perhatian pemimpin kerajaan baharu.

“Saya bersyukur sangat kerana nasib saya bersama keluarga terbela atas keprihatin­an pemimpin seperti YB Jenifer yang mengambil berat akan masalah rakyatnya,” katanya.

Menurutnya, mereka kini menumpang di rumah saudara yang berdekatan dan mengharapk­an agar rumah baharu mereka segera dibina.

 ??  ?? JENIFER (tengah) merakamkan gambar kenangan ketika mengadakan lawatan ke rumah mangsa kebakaran itu.
JENIFER (tengah) merakamkan gambar kenangan ketika mengadakan lawatan ke rumah mangsa kebakaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia