Utusan Borneo (Sabah)

Patuhi Skim Kawalan Harga

Letak tanda harga merah jambu bagi 22 barang terpilih

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Peniaga diingatkan agar sentiasa mematuhi arahan penguatkua­saan Skim Kawalan Harga Maksimum PerayaanHa­riRayaAidi­lfitri 2018 yang akan disambut minggu ini. Ketua Cawangan Daerah Lahad Datu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Rino Hisham Abu Bakar berkata skim itu berkuatkua­sa selama 15 hari bermula 8 hingga 22 Jun, iaitu tujuh hari sebelum dan selepas perayaan.

Katanya, setiap peniaga wajib meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi 22 barangan iaitu ayam hidup, ayam super, ayam standard, daging (India) tempatan, daging lembu import, daging kerbau import serta telur gred A, B and C.

Selain itu, cili merah, tomato, kubis bulat import, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah, bawang putih, bawang besar import dan ubi kentang import.

Turut tersenarai ikan kembung/mabung, selayang, tongkol, demudok, sagai, cermin dan cupak.

“Peniaga yang tidak mematuhi arahan ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dan boleh dikenakan penalti jika sabit kesalahan,” katanya.

Rino berkata bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Katanya kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pula boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Mengulas lanjut selepas melancarka­n skim itu di salah sebuah pasaraya di sini pada Jumaat, beliau berkata statistik terkini Operasi Catut 4.0 Cawangan Lahad Datu mencatatka­n 1,150 barangan di 37 premis telah diperiksa sekitar daerah bermula 1 Jun 2018.

Tambahnya pengguna yang mempunyai sebarang aduan boleh menghubung­i talian 089-886090 atau mendapatka­n maklumat lanjut di http://eaduan. kpdnkk.gov.my

Peniaga yang tidak mematuhi arahan ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dan boleh dikenakan penalti jika sabit kesalahan.

RINO HISHAM ABU BAKAR Ketua Cawangan Daerah Lahad Datu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an

 ??  ?? RINO (dua dari kiri) meneliti tanda harga kentang.
RINO (dua dari kiri) meneliti tanda harga kentang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia