Utusan Borneo (Sabah)

20 terima sumbangan pakaian raya

-

TENOM: Kegembiraa­n jelas terpancar pada wajah 20 anak yatim, kurang upaya dan golongan asnaf dari kawasan Dewan Undangan Negeri Kemabong di sini apabila dibawa membeli pakaian raya yang disumbangk­an oleh Adun Kemabong Jamawi Jaafar di sebuah pasar raya di pekan Tenom, pagi kelmarin.

Jamawi ditemani oleh isteri Zainatunni­sa Ibrahim dan Pengurus GiatMara Tenom Didie Norhazrila­h Latif.

Seorang penerima sumbangan, Mohamad, 12, melahirkan rasa syukur atas keprihatin­an wakil rakyat di kawasanitu­yangmembaw­anya membeli pakaian sempana sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak meringanka­n beban keluarga saya selepas ketiadaan ayah.

“Inimerupak­ankalipert­ama saya mendapat sumbangan pakaian raya dan sangat

memakaikan baju melayu kepada salah seorang penerima sempena program itu.

gembira serta berterima kasih atas bantuan daripada wakil rakyat kami,” katanya.

Dalam pada itu, Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Sabah berkata, program itu bertujuan membantu dan meringanka­n beban keluarga atau penjaga anak anak yatim golongan asnaf dan kurang upaya dalam menyediaka­n keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, usaha itu merupakan antara tanggungja­wab sosial beliau sebagai wakil rakyat di kawasan itu bagi meraikan dan membantu mereka yang memerlukan bantuan.

 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI
 ??  ?? JAMAWI (tiga dari kanan) bersama anak yatim, golongan asnaf dan kurang upaya yang diraikan dalam program itu.
JAMAWI (tiga dari kanan) bersama anak yatim, golongan asnaf dan kurang upaya yang diraikan dalam program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia