Utusan Borneo (Sabah)

Bantu kerajaan laksana misi

Utamakan kepentinga­n rakyat dalam aspek pembanguna­n dan kebajikan

-

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar mengajak rakyat khususnya di kawasan DUN Kemabong agar terus bersama-sama dengan penjawat awam bagi menyokong dan membantu kerajaan baharu melaksanak­an visi serta misi membina negara.

Katanya, ia kerana kerajaan tidak akan wujud malah sukar berfungsi dengan baik tanpa kerjasama dan sokongan pegawai kerajaan dalam melaksanak­an amanah yang diberikan oleh rakyat melalui pilihan raya.

“Sebagai wakil rakyat yang diberikan amanah oleh rakyat, sudah tentu saya mengutamak­an kepentinga­n rakyat di kawasan ini terutamany­a dalam aspek pembanguna­n dan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai Kerajaan di Pejabat Daerah Kecil Kemabong, di sini.

Beliau turut berjanji akan menemui semua pemimpin masyarakat untuk menjelaska­n hala tuju kerajaan baharu iaitu Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan (PWS-PH).

Sementara itu, ketika program pada Sabtu, Jamawi mengagih-agihkan bubur lambukkepa­daparapeng­guna jalan raya khususnya pemandu kenderaan di DUN Kemabong sambil mengucapka­n selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba beberapa hari lagi.

Beliau turut mengambil kesempatan menyampaik­an jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Sri Ontoros pada 23 Jun ini bermula jam 11 pagi sehingga 3 petang.

Selain itu, beliau menasihatk­an para pemandu agar berhati-hati ketika berada di jalan raya sempena menjelangn­ya perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan memandu lebih berhemah dan memastikan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.

 ??  ?? JAMAWI (tengah) bersama ADO Kemabong mengabadik­an gambar kenangan pada majlis itu.
JAMAWI (tengah) bersama ADO Kemabong mengabadik­an gambar kenangan pada majlis itu.
 ??  ?? JAMAWI mengagih-agihkan bubur lambuk kepada para pemandu kenderaan.
JAMAWI mengagih-agihkan bubur lambuk kepada para pemandu kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia