Utusan Borneo (Sabah)

Borneo Sipitang 4x4 Adventure Land

Litar khas untuk peminat 4x4 di Sabah

-

SIPITANG: Peminatpem­inat kenderaan lasak pacuan empat roda kini mempunyai litar khas tidak jauh dari pekan Sipitang untuk mereka beriadah sambil menguji kemahiran dan kemampuan kenderaan lasak masing-masing.

Litar itu yang dikenali sebagai Borneo Sipitang 4x4 Adventure Land ini terletak di Kampung Katipoh, kirakira 15 minit pemanduan dari pekan Sipitang. Diusahakan oleh syarikat Sugee & Family Sdn Bhd, ia merupakan satu-satunya litar kekal yang ada di Sabah khusus untuk peminat kenderaan lasak pacuan empat roda.

Ia menyediaka­n pelbagai peringkat cabaran lasak termasuk trek dengan kecuraman 45 darjah, trek hardcore melalui anak sungai dan tebing curam dan juga trek novice bagi memenuhi

PARA pemenang pertanding­an itu.

citarasa pemilik pelbagai jenis kenderaan pacuan empat roda.

Litar itu baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada Borneo Sipitang 4x4 Adventure Land Challenge 2018 anjuran bersama Kelab Pacuan Empat Roda Sipitang (S4WDC) dan Sugee & Family yang menyaksika­n penyertaan dari Sabah, Sarawak dan Brunei.

Turut diadakan sempena acara itu ialah majlis pecah tanah untuk litar itu dan pelancaran S4WDC yang disempurna­kan oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Sipitang Jupery Etok mewakili Pegawai Daerah Sipitang.

Jupery memuji langkah mewujudkan litar itu dan menyifatka­nnya sebagai inisiatify­angmampume­njana ekonomi tempatan melalui sektor pelanconga­n.

“Sipitang merupakan laluan ulang-alik antara Brunei, Sarawak dan Sabah. Kewujudan litar ini di Sipitang sudah tentunya akan menggalakk­an kedatangan pelawat ke daerah ini dan seterusnya membantu menjanaeko­nomisetemp­at,” katanya.

Presiden S4WDC Hamidi Salleh berkata litar itu akan merancakka­n lagi dunia permotoran lasak di Sabah.

“Dengan adanya litar ini, peminat kenderaan pacuan empat roda kini mempunyai destinasi khusus untuk beriadah dan menguji kemahiran serta kemampuan kenderaan masing-masing,” katanya.

Pengarah Sugee & Family Lynda Mohd Hadis berkata pihaknya mempunyai perancanga­n jangka panjang untuk meningkatk­an tarikan di Borneo Sipitang 4x4 Adventure Land.

Selain daripada riadah kenderaan lasak, pada masa ini, litar itu turut menyediaka­n kemudahan rekreasi ATV dan motorcross bagi mereka yang ingin merasai kelainan cabaran di litar itu dengan kenderaan berkenaan.

“Pada masa hadapan, kami bercadang menyediaka­n kegiatan lain seperti berkayak dan flying fox serta kemudahan chalet, restoran dan kolam ikan. Bagi mereka yang bermalam di sini, kami bercadang untuk menganjurk­an ‘malam kampung’ yang

“Dengan adanya litar ini, peminat kenderaan pacuan empat roda kini mempunyai destinasi khusus untuk beriadah dan menguji kemahiran serta kemampuan kenderaan masing-masing HAMIDI SALLEH Presiden S4WDC

SEORANG peserta mengharung­i halangan berair.

mempamerka­n kebudayaan suku kaum serta makanan tradisi tempatan,” katanya.

MenurutLyn­da,ideauntuk mewujudkan litar itu timbul hasil daripada perbincang­an dengan S4WDC, khususnya Hamidi, presiden kelab itu yang menyatakan hasrat untuk melihat adanya tempat khas untuk peminat 4x4 beriadah.

“Selain itu, sebagai orang Sipitang, saya mahu menyumbang semula kepada kampung kalaman saya dengan membuka Borneo Sipitang 4x4 Adventure Land ini,” katanya.

Rata-ratanya peserta berpuas hati dengan cabaran yang disediakan serta penganjura­n acara itu.

Acara itu turut mendapat sokongan dan tajaan pelbagai pihak termasuk Sugee & Family, Fook Loi Isuzu, Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Powergine Enterprise Sdn Bhd dan SM Mechanical (M) Sdn Bhd, serta suntikan dana daripada Kementeria­n Belia dan Sukan.

Selain itu, Kelab Pacuan Empat Roda Tawau turut memberikan sokongan tenaga dalam pengendali­an acara cabaran lasak berkenaan.

 ??  ?? LYNDA menyempurn­akan acara pelepasan peserta. DATARAN untuk penggiat acara kenderaan tahan lasak.
LYNDA menyempurn­akan acara pelepasan peserta. DATARAN untuk penggiat acara kenderaan tahan lasak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JUPERY menyiram anak pokok durian bagi merasmikan pembukaan litar berkenaan.
JUPERY menyiram anak pokok durian bagi merasmikan pembukaan litar berkenaan.
 ??  ?? PARA peminat acara lasak itu secara sukarela menjadi pegawai pertanding­an itu.
PARA peminat acara lasak itu secara sukarela menjadi pegawai pertanding­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia