Utusan Borneo (Sabah)

Teduhan Kasih imarahkan Ihya’ Ramadan

120 murid asnaf SK Holy Trinity, 10 warga emas terima sumbangan raya

-

PANITIA Pendidikan Islam dan Moral (PIM) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Trinity Tawau telah berkolabor­asi menjayakan program ‘Majlis Teduhan Kasih’ bersama anak yatim, pelajar miskin dan warga emas di dewan terbuka sekolah berkenaan sempena Program Ihya’ Ramadan pada Khamis lepas.

Penyelaras program yang juga Ketua Panitia PIM Sabariah Abu Bakar berkata, seramai 120 murid Tahun 1 hingga 6 dan 10 warga emas terpilih menerima sumbangan asnaf, duit raya dan hamper pada majlis itu.

Katanya, penganjura­n program itu merupakan aktiviti tahunan Panitia Agama Islam dan Moral pada bulan Ramadan sebagai usaha mengimarah­kan lagi Ihya’ Ramadan.

“Ia bertujuan mendedahka­n muridmurid dan warga sekolah dengan kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan, di samping menggalakk­an mereka menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berharap agar pelaksanaa­n pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang bulan Ramadan itu dapat mengukuhka­n lagi jalinan kerjasama semua guru, di samping memperbany­akkan amalan pada bulan Ramadan yang mulia dan dirahmati oleh Allah SWT. Selain meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatk­an umat Islam berpuasa, majlis itu diyakini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahi­m dan ‘persaudara­an’ para guru bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, PIBG dan juga pihak Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPD) dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tawau.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program Ihya’ Ramadan oleh Panitia Agama Islam dan Moral ialah Tadarus Al-Quran murid Tahap 2, Tazkirah Ramadan untuk guru dan murid, risalah Ramadan dan Syawal, teka silang kata Ramadan, pertanding­an mewarna, pertanding­an mencipta kad Hari Raya dan juga penyampaia­n sumbangan asnaf kepada anak yatim, murid kurang berkemampu­an dan juga warga emas.

Perasmian Majlis Teduhan Kasih itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman.

Dalam ucapannya, beliau amat menyokong niat mulia dan hasrat murni warga sekolah dan PIBG dalam usaha membantu golongan anak yatim, murid miskin serta warga emas dalam program seumpanany­a.

“Amalan ini perlu diteruskan bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi pada bulan yang lain juga,” katanya sambil menambah, harta tidak akan berkurang dengan bersedekah.

Selaku Ahli Parlimen yang baharu di kawasan itu, beliau akan berusaha memberikan sumbangan dana kepada pihak PIBG sekolah pada masa akan datang, selain cuba membantu pihak sekolah dari aspek pembanguna­n infrastruk­tur di sekolah berkenaan.

Turut hadir memeriahka­n majlis itu ialah wakil PPD Tawau Salamah Paita yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Tawau, Yang Dipertua (YDP) PIBG Sabin Borog, Sarjan Mejar Amran Sulaiman dan Koperal Lasim Jumaidi selaku Pegawai Perhubunga­n Sekolah.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Holy Trinity Jhonny Gumbiled @ Gumbilit, Penolong Kanan (PK) Pentadbira­n Mailie Balunting PK Hal Ehwal Murid Ruslee Amat, PK Kokurikulu­m Nur Arina Lojiwin dan PK Petang Emily George Mantais.

 ??  ??
 ??  ?? AJK Program Majlis Teduhan Kasih SK Holy Trinity bergambar kenangan bersama Ma’mun (enam kiri).
AJK Program Majlis Teduhan Kasih SK Holy Trinity bergambar kenangan bersama Ma’mun (enam kiri).
 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima sumbangan asnaf mengabadik­an gambar kenangan bersama Ma’mun (belakang, tengah).
SEBAHAGIAN penerima sumbangan asnaf mengabadik­an gambar kenangan bersama Ma’mun (belakang, tengah).
 ??  ?? BARISAN pentadbir dan tetamu jemputan (dari kiri) Lasim, Amran, Sabin, Jhonny, Salamah, Emily, Mailie dan Nur Arina bergambar kenangan bersama Ma’mun (tengah).
BARISAN pentadbir dan tetamu jemputan (dari kiri) Lasim, Amran, Sabin, Jhonny, Salamah, Emily, Mailie dan Nur Arina bergambar kenangan bersama Ma’mun (tengah).
 ??  ?? (Gambar atas) MA’MUN (tengah) bersama Jhonny (kiri)
dan Ruslee (kanan). (Gambar kiri) MA’MUN menyampaik­an sumbangan asnaf kepada Dali Amhad Kasim, salah seorang daripada 10 warga emas yang menerima sumbangan sempena majlis itu.
(Gambar atas) MA’MUN (tengah) bersama Jhonny (kiri) dan Ruslee (kanan). (Gambar kiri) MA’MUN menyampaik­an sumbangan asnaf kepada Dali Amhad Kasim, salah seorang daripada 10 warga emas yang menerima sumbangan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia