Utusan Borneo (Sabah)

Unit Khidmat Pelanggan HQE, HQE II Iftar Ramadan bersama

-

MENYEDARI

akan tugas dan tanggunjaw­ab sebagai pengantara hubungan hospital dengan masyarakat, Unit Komunikasi Korporat, Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa kalangan kakitangan Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) bertempat di ruang legar Bilik Operator, Aras 3, Bangunan Klinik Pakar HQE pada Jumaat.

Ketua Unit Komunikasi Korporat hospital Geraldine Voo berkata, majlis berbuka puasa beramai-ramai dalam kalangan kakitangan unit PKP bukan perkara baharu kalangan mereka namun apa yang menarik Majlis Iftar Ramadan tahun ini diserikan dengan kehadiran anggota PKP dari HQE II, Kota Kinabalu. “Den- gan mengadakan majlis secara bersama, sudah pasti kemesraan dan keakraban kalangan kakitangan unit PKP terus diperkukuh walaupun ada di antara mereka terpaksa bertugas di kala masyarakat bergembira bersama keluarga menyambut hari lebaran,” katanya.

Menurut Ketua Unit PKP Mohd Hazrollah Hashim, program iftar khususnya bersama-sama kakitangan

HQE sudah lama dirancang dan pihaknya bersyukur rakan dari HQE II dapat hadir bersama pada tahun ini.

Katanya dengan mengadakan progam bersama antara PKP HQE dan PKP HQE II sudah pasti banyak pengalaman dapat dikongsika­n bersama

selain terus mengeratka­n hubungan antara unit kedua-dua hospital dari semasa ke semasa.

“Tidak semua pihak mengetahui atau sedar pengorbana­n petugas di Unit PKP hospital dalam memastikan setiap panggilan pelanggan dilayan sebaik mungkin termasukla­h ketika menikmati juadah berbuka puasa.

“Walau dalam keadaan apa sekali pun, tugas PKP harus memastikan setiap panggilan telefon dijawab dan disambungk­an dalam tempoh 10 saat dan ia harus dilaksana seberapa segera yang mungkin,” jelasnya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada staf Unit Khidmat Pelanggan HQE dan HQE II sejurus menikmati juadah Iftar Ramadan bersama.
SEBAHAGIAN daripada staf Unit Khidmat Pelanggan HQE dan HQE II sejurus menikmati juadah Iftar Ramadan bersama.
 ??  ?? SUASANA ketika menikmati juadah berbuka puasa anggota PKP.
SUASANA ketika menikmati juadah berbuka puasa anggota PKP.
 ??  ??
 ??  ?? TUGAS menerima dan melayan panggilan masyarakat sentiasa diberi keutamaan.
TUGAS menerima dan melayan panggilan masyarakat sentiasa diberi keutamaan.
 ??  ?? MOHD HAZROLLAH
MOHD HAZROLLAH
 ??  ?? GERALDINE VOO
GERALDINE VOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia