Utusan Borneo (Sabah)

Keterbukaa­n KM akui kekurangan, dengar pandangan mampu tambah baik PBB

-

KUCHING: Sikap keterbukaa­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam mengakui kekurangan dan mendengar pandanganm­ampumenamb­ah baik perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman berkata, cadanganca­dangan Pemuda ketika berjumpa dengan Presiden PBB itu diterima baik dan parti diyakini mampu bertambah baik di bawah pimpinanny­a.

Sambil menerima kritikan membina dan bersifat terbuka demi kelangsung­an parti, perjuangan PBB juga wajar dipuji kerana selama ini melaksanak­an polisi bermanfaat kepada rakyat.

Beliau bersetuju parti memerlukan pembaharua­n bersesuaia­n dengan kehendak dan keperluan masyarakat masa kini.

“Dengan cadanganca­dangan sedemikian maka ia dapatlah dikaji dan dipertimba­ngkan. Kita harus menerima segala pandangan, kritikan dan cadangan dengan hati yang terbuka demi kelangsung­an parti,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau menyifatka­n komen, kritikan dan cadangan terhadap parti sebagai isyarat positif bahawa masyarakat mengambil berat dan ingin melihat PBB terus relevan di Sarawak.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memberi pengajaran kepada parti-parti politik termasuk PBBdanpart­i-partikompo­nen Barisan Nasional (BN) di Sarawak, jelasnya.

“Ini memberi peluang kepada PBB untuk membuat ‘stock taking’ terhadap budaya, polisi, pelaksanaa­n polisi dan kesannya terhadap masyarakat.

“Saya selaku ahli PBB akar umbi yang juga sangat sayangkan parti yakin hanya PBB sahaja yang mampu untuk memperjuan­gkan hak sarawak,” ujarnya.

Malah, beliau bersetuju agar pembaharua­n perlu dilaksanak­an bersesuaia­n dengan kehendak dan keperluan masyarakat masa kini.

Fazzrudin yang juga Adun Tupong diminta mengulas mengenai surat terbuka daripada individu bernama Azalea kepada PBB disiarkan sebuah portal berita pada Sabtu.

Selain reformasi parti, Azalea mengesyork­an agar semua jawatan dalam PBB dipertandi­ngkan.

“Sebagai sebuah parti yang demokratik, PBB tidak perlu meletakkan kerusi selamat bagi individu tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia