Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK Sibu periksa lebih 130 premis dalam Operasi SKHMP Hari Raya Puasa

-

SIBU: Lebih 130 premis perniagaan diperiksa oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Sibu dalam Operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2018 bagi Sibu, Kanowit dan Selangau bermula 8 Jun ini.

Ketua KPDNKK Sibu, Roslee Maslie berkata pemeriksaa­n dilakukan ke atas premis perniagaan menjual barangan di bawah skim barangan harga terkawal.

“Kita akan membuat pemeriksaa­n setiap hari ke atas semua premis menjual barangan di bawah skim barangan harga terkawal.

“Daripada pemeriksaa­n bermula semalam (8 Jun) tiada kesalahan direkodkan dan peniaga mematuhi arahan dikeluarka­n, malah ada barangan dijual lebih rendah daripada harga ditetapkan,” katanya ditemui selepas melakukan tinjauan pemeriksaa­n skim harga kawalan tersebut di Pasar Sentral Sibu, pada Sabtu.

Beliau menambah, daripada 22 jenis barangan tersenarai dalam skim harga kawalan hanya 18 dilaksanak­an bagi Sibu, Kanowit dan Selangau.

Sementarai­tu,menerusike­nyataan media, skim itu bermula 8 hingga 22 Jun 2018 dan tempoh pelaksanaa­n selama 15 hari bagi perayaan ini berkuat kuasa tujuh hari sebelum perayaan, sehari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas perayaan.

Skim ini dilaksanak­an di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­uan 2011.

Justeru, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan barangan lain.

“Harga ditetapkan kerajaan adalah harga siling tetapi peniaga digalakkan menjual lebih rendah daripada harga asal cuma jangan jual lebih mahal daripada ditetapkan,” kata Roslee.

Di samping itu, peniaga juga diingatkan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka jika gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim itu.

Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 bagi kesalahan individu.

Manakala kesalahan sama melibatkan syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 bagi kesalahan individu dan denda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000 bagi kesalahan syarikat.

 ??  ?? ROSLEE (tengah) dan Timbalan Ketua KPDNKK Sibu, Ganda Jirap (kiri) membuat pemeriksaa­n salah sebuah gerai menjual ayam segar di Pasar Sentral Sibu.
ROSLEE (tengah) dan Timbalan Ketua KPDNKK Sibu, Ganda Jirap (kiri) membuat pemeriksaa­n salah sebuah gerai menjual ayam segar di Pasar Sentral Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia