Utusan Borneo (Sabah)

Lonjak 80 kedudukan dalam ranking universiti terbaik dunia

-

UNIVERSITI Teknologi PETRONAS (UTP) mencatatka­n kedudukan lebih baik dalam senarai universiti terbaik dunia Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2019, dengan melonjak 80 anak tangga kepada kedudukan 521-530 daripada 601-650 sebelumnya.

Dalam satu kenyataan Jumaat, UTP berkata dengan pencapaian berkenaan, universiti itu dalam kumpulan dua peratus teratas universiti terbaik di seluruh dunia.

Sebagai perbanding­an dengan universiti swasta yang lain, UTP telah secara konsisten berada dalam ranking QS dan Times Higher Education (THE).

“Ia adalah universiti swasta pertama dan satu-satunya di Malaysia yang akan diberi penarafan keseluruha­n maksimum lima bintang dalam Sistem Penarafan Universiti QS Stars,” katanya.

UTP kini menduduki tempat ke-145, melonjak 88 kedudukan dari tempat ke-233 sebelum ini pada QS World University Rankings 2018 dalam subjek kejurutera­an dan teknologi.

UTP disenaraik­an dalam empat kedudukan mata pelajaran; Kejurutera­an Kimia berada pada kedudukan Terbaik 150, kedudukan 200 Terbaik untuk Kejurutera­an Mekanikal, Terbaik 250 bagi Kejurutera­an Elektrik serta 300 Terbaik untuk Sains Komputer dan Sistem Maklumat.

Sementara itu, bagi Ranking THE 2018 untuk ekonomi yang berkembang, universiti itu menduduki tempat ke-77, meningkat 14 tempat dari kedudukan sebelumnya iaitu ke-91. Ini menempatka­n UTP dalam kalangan 100 universiti penyelidik­an terbaik dalam negara membangun.

Di Malaysia, UTP menduduki tempat kedua selepas Universiti Malaya.

Naib Canselor UTP Profesor Dr Mohamed Ibrahim Mutalib berkata: “Kami menyifatka­n pencapaian ini seiring dengan Pelan Transforma­si UTP yang telah mengubah UTP menjadi universiti yang diterajui oleh penyelidik­an dengan keupayaan penyelidik­an bertaraf dunia.

“Oleh itu, prestasi kami telah dicerminka­n secara konsisten dalam kedudukan dan penarafan yang diberi.”

Tahun ini, QS menilai 4,763 institusi dari 151 negara. Institusi dikelaskan mengikut enam kriteria berbeza: reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti / pelajar, petikan dari setiap fakulti, nisbah fakulti bertaraf antarabang­sa dan nisbah pelajar antarabang­sa.

- Bernama

Ia adalah universiti swasta pertama dan satu-satunya di Malaysia yang akan diberi penarafan keseluruha­n maksimum lima bintang dalam Sistem Penarafan Universiti QS Stars.

INIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia