Utusan Borneo (Sabah)

Bermula dengan baik bersama Heriot-Watt

-

“SAYA amat bersemanga­t dan sentiasa mencari peluang dalam industri minyak dan gas,” kata Raudzah Hannani binti Fadzli, seorang pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Petroleum (Kehormat) di Universiti Heriot-Watt Malaysia.

“Pengetahua­n dan pengalaman yang saya perolehi pasti akan menyokong karier impian saya sebagai seorang jurutera petroleum.”

Raudzah merupakan seorang daripada kumpulan pelajar pertama yang menyertai program Asas Universiti Heriot-Watt Malaysia, selain Danial Lum Shi Haur, yang seterusnya melanjutka­n pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kehormat) di universiti tersebut.

“Saya masih ingat gambaran pertama saya mengenai universiti itu empat tahun lalu. Ia umpama udara segar berbanding institusi pendidikan lain yang pernah saya lawati,” kata Danial.

Apabila ditanya sama ada beliau berpendapa­t universiti itu telah membantuny­a untuk menjalin hubungan dengan industri berkenaan, beliau menjawab, “Ya, ya, ya dan ya. Menerusi ijazah ini, saya mendapat banyak peluang untuk menghubung­kan diri saya dengan dunia pekerjaan baik dari segi teori mahupun amali. Pensyarah akan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk mendedahka­n kami kepada apa yang berlaku di luar sana dalam dunia nyata; terdapat ramai penceramah jemputan dari pelbagai industri yang melawat kami sepanjang tahun untuk memastikan kami mendapatka­n jumlah pendedahan yang baik kepada industri walaupun kami masih di universiti.

“Daripada apa yang saya dapat lihat, universiti ini ternyata membuka banyak peluang kepada graduan baharu untuk melangkah ke dalam dunia pekerjaan.”

Menerusi program Asas HeriotWatt, Raudzah dan Danial telah berjaya menamatkan pengajian mahasiswa mereka dan akan menerima ijazah mereka pada tahun ini.

Heriot-Watt memenuhi legasinya bagi kecemerlan­gan dalam pendidikan dengan bekerja rapat dengan profesiona­l industri untuk memajukan dan mengakredi­tasikan sukatan pelajarann­ya. Menurut Ketua Program Asas Malaysia di Universiti Heriot-Watt Malaysia, Profesor Madya Dr Jasmine Low, “Mendaftar diri untuk program Asas Universiti Heriot-Watt Malaysia membolehka­n pelajar untuk mengalami kurikulum yang menggunaka­n UK sebagai penanda aras serta gaya pembelajar­an dan pengajaran UK dari permulaan pengajian mereka.

“Pelajar diberi pendedahan awal kepada pembelajar­an bebas serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajar­an berasaskan masalah dengan penekanan kuat kepada literasi Inggeris serta kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesai­kan masalah. Kemahiran ini membantu untuk menyediaka­n mereka bagi menangani pengajian mahasisiwa dan pada waktu yang sama menyediaka­n permulaan yang baik dalam perkembang­an keseluruha­n untuk menjadi graduan yang berjaya dan boleh diambil bekerja pada masa depan,” katanya.

Program asas Heriot-Watt menyaksika­n pelajar seperti Danial dan Raudzah naik ke tahap lebih tinggi dalam pelajaran dan karier mereka. Universiti itu telah mendapat reputasi yang mantap sebagai penyedia pendidikan yang unggul dan pemindahan pengetahua­n dengan karya yang dikenali dalam penyelidik­an amali yang ke hadapan. Ia menduduki ranking ke-41 di kalangan universiti­universiti di dunia kerana pandangan antarabang­sanya oleh ‘Times Higher Education World University Rankings 2018’. Universiti ini baru-baru ini digelar sebagai Universiti Antarabang­sa Terbaik oleh ‘The Times and Sunday Times Good University Guide 2018’.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Petroleum (Kehormat) atau Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kehormat), program asas dan mahasiswa lain di universiti ini, serta biasiswa yang ditawarkan, kunjungila­h kampus kami di Putrajaya pada Hari Terbuka pada 9 & 10 Jun atau sewaktu masa konsultasi dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat dan jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada Sabtu, atau layari www.hw.edu.my atau hubungi +603 8894 3888/e-mel hwum@hw.ac.uk.

 ??  ?? KAMPUS HIJAU: Daripada lima kampus global Universiti Heriot-Watt, kampus Universiti Heriot-Watt Malaysia di Putrajaya merupakan kampus hijau pertamanya.
KAMPUS HIJAU: Daripada lima kampus global Universiti Heriot-Watt, kampus Universiti Heriot-Watt Malaysia di Putrajaya merupakan kampus hijau pertamanya.
 ??  ?? TIMBA ILMU: Danial Lum Shi Haur (kiri) merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kehormat) manakala Raudzah Hannani binti Fadzli (kanan) adalah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Petroleum (Kehormat) di...
TIMBA ILMU: Danial Lum Shi Haur (kiri) merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kehormat) manakala Raudzah Hannani binti Fadzli (kanan) adalah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Petroleum (Kehormat) di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia