Utusan Borneo (Sabah)

Idris Jusoh bangga UM tersenarai antara 100 universiti terbaik dunia

-

AHLI Parlimen Besut yang juga bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Universiti Malaya (UM) yang berjaya mencapai kedudukan ke-87 dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia.

Katanya, menerusi laporan Quacquarel­li Symonds (QS) Universiti-Unversiti Dunia bagi sesi 2018/2019 yang diterbitka­n Khamis lalu, ia bukan sahaja lambang kecemerlan­gan tetapi juga kesungguha­n oleh seluruh warga UM.

“Saya kagum kerana UM telah mencapai sasarannya berbanding dengan kedudukann­ya di tempat ke-114 yang dicapainya sebelum ini”, katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan Hari Raya kepada orang miskin di beberapa kampung di Jertih Jumaat lalu.

Beliau turut berharap UM akan dapat mengekalka­n kecemerlan­gan itu dan menjadi contoh kepada universiti lain di negara ini supaya setanding dengan universiti di seluruh dunia.

Menerusi kedudukan terbaharu yang dikeluarka­n QS bagi 2018/2019, beberapa universiti lain turut memperliha­tkan peningkata­n di mana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) beralih dari kedudukan 230 kepada 184, Universiti Putra Malaysia (UPM) daripada 229 ke-202, Universiti Sains Malaysia (USM) daripada 264 ke 207, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada 253 ke-228 dan UCSI Universiti di tempat ke-481.

Lain-lain universiti yang menduduki tempat antara 500 ke 800 ialah Universiti Teknologi Petronas (Petronas), Universiti Taylor, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Universitt­i Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

QS telah menilai kedudukan 1,000 universiti terbaik dunia yang terpilih daripada 85 negara di seluruh dunia setiap tahun. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia