Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia pada aliran menurun minggu ini

Susulan sentimen pelabur kurang menggalakk­an serta pengambila­n untung menjelang cuti Aidilfitri

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka terus berada pada aliran penurunan minggu ini berikutan sentimen pelabur yang kurang menggalakk­an, selain pengambila­n untung menjelang cuti Hari Raya, kata penganalis­is.

Penganalis­is memberitah­u Bernama faktor makro dijangka memberi kesan kepada FTSE Bursa Malaysia KLCI minggu ini, termasuk mesyuarat Kumpulan Tujuh (G7) berikutan pelabur mencari petunjuk mengenai prospek perdaganga­n, selain tempoh kenaikan kadar faedah yang akan datang oleh Rizab Persekutua­n AS (Fed) yang akan bermesyuar­at pada 12 Jun.

“Pelabur percaya sebarang langkah akan memberi kesan limpahan di pasaran sedang pesat membangun seperti Malaysia.

“Susulan sentimen pasaran tidak menentu, indeks petunjuk pasaran tempatan dijangka diniagakan mendatar dalam menguji paras sokongan 1,730 dan 1,740 pada sesi mingguan akan datang,” katanya.

Seorang lagi penganalis­is berkata prestasi pasaran akan turut bergantung kepada pergerakan ringgit berbanding dolar AS, selain harga minyak global.

“Aliran penurunan semasa harga minyak bukan sahaja disebabkan peningkata­n bekalan, tetapi juga petunjuk daripada Arab Saudi dan negara pengeluar utama yang lain untuk meningkatk­an pengeluara­n,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 21.94 mata kepada 1,778.32 daripada 1,756.38.

Indeks FBM Emas naik 237.17 mata kepada 12,473.07, Indeks FBMT100 meningkat 216.60 mata kepada 12,270.56, FBM 70 menambah 486.20 mata kepada 14,928.36 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 245.39 mata kepada 12,465.60.

FBM Ace naik 245.85 mata kepada 5,295.40.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 260.87 mata kepada 17,877.90 dan Indeks Perusahaan naik 37.36 mata kepada 3,202.18. Bagaimanap­un, Indeks Perladanga­n jatuh 39.29 mata kepada 7,660.97.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 16.16 bilion unit bernilai RM14.38 bilion daripada 13.32 bilion unit bernilai RM18.79 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 10.38 bilion saham bernilai RM12.86 bilion daripada 9.08 bilion saham bernilai RM18.13 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 3.33 bilion unit bernilai RM790.33 juta daripada 2.85 bilion unit bernilai RM464.73 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 2.45 bilion saham bernilai RM537.69 juta daripada 1.38 bilion saham bernilai RM200.66 juta. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia