Utusan Borneo (Sabah)

Faktor luaran penentu prestasi ringgit pada minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit dijangka akan dipengaruh­i oleh faktor luaran pada minggu ini berikutan pelbagai perkembang­an penting yang berlaku membabitka­n aspek monetari dan geopolitik, kata seorang peniaga.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata pasaran bakal berdepan minggu sibuk termasuk mesyuarat dasar bank pusat Amerika Syarikat (AS) serta sidang kemuncak geopolitik dikenali ‘Trump-Kim’ membabitka­n pertemuan Presiden Donald Trump dan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Singapura.

“Sentimen pasaran adalah positif namun ia boleh bertukar sebaliknya sekiranya rundingan itu gagal,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata, kalangan pelabur akan turut memantau perkembang­an hasil rundingan dagangan Kumpulan Tujuh (G7) dan rundingan dagangan AS-China yang sedang berlangsun­g serta hasil mesyuarat Rizab Persekutua­n AS (Fed) dan Bank Pusat Eropah (ECB).

Beliau berkata, Fed dijangka mengumumka­n kenaikan kadar faedah pada Rabu depan walaupun pelabur sebaliknya lebih berminat untuk melihat perkembang­an susulan iaitu sama ada mereka akan menaikkan kadar itu buat kali keempat tahun ini.

“Pasaran juga akan memantau erat mesyuarat ECB susulan spekulasi bahawa ia akan membincang­kan aspek kuantitati­f.

“Oleh itu, minggu ini sememangny­a penting berikutan banyak perkembang­an yang berlaku. Saya menjangkak­an kadar semasa ringgit akan bertahan dengan nilai dolar AS berbanding ringgit lebih cenderung kepada peningkata­n.

“Ini sekali gus menyaksika­n kemungkina­n mencecah paras 4.00 (ringgit berbanding dolar) jika sidang kemuncak Trump-Kim gagal dan sama ada ECB mahu pun Fed berpendiri­an lebih keras seperti dijangkaka­n,” katanya.

Sementara itu, Ketua Strategi Tukaran Asing dan Penyelidik­an Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata di peringkat tempatan, para pelabur akan menumpukan angka jualan runcit yang akan diumumkan pada Selasa ini.

“Data itu merupakan petunjuk utama terhadap sentimen pengguna dan sebarang angka kukuh yang mengatasi jangkaan dapat meningkatk­an rasa optimis bahawa ekonomi Malaysia dapat mencatat pertumbuha­n melebihi 5.0 peratus pada 2018.

“Unjuran ketika ini adalah jualan runcit itu sepatutnya meningkat sekitar 8.0 peratus pada April,” katanya.

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, nilai ringgit susut berbanding dolar AS kepada 3.9870/9900 daripada 3.9770/9800.

Ringgit juga susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9836/9881 daripada 2.9728/9761 dan rendah berbanding yen kepada 3.6468/6505 daripada 3.6393/6430.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.3482/3534 daripada 5.2902/2946 dan susut berbanding euro kepada 4.6903/6946 daripada 4.6551/6594. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia