Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan MSM alami pengambila­n untung minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka sarat dengan aktiviti pengambila­n untung pada minggu ini yang juga minggu dagangan singkat bersempena cuti umum Aidilfitri.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata aktiviti pengambila­n untung itu juga berkemungk­inan akan turut mengheret turun harga-harga MSM untuk mencecah sekitar RM2,300 dan RM2,350 satu tan, minggu ini.

“Malah, kami turut menjangkak­an minggu depan menyaksika­n dagangan lebih lengang kerana ramai pedagang berkemungk­inan memulakan cuti Aidilfitri lebih awal atau bercuti pada Khamis iaitu malam Hari Raya tersebut,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, Teh berkata para pelabur akan memantau data rasmi pengeluara­n dan eksport yang akan diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada Isnin ini.

“Statistik ini akan memberi hala tuju pelaburan yang lebih jelas untuk mereka,” katanya.

Minggu yang baharu berakhir mencatat dagangan lebih rendah, kebanyakan­nya akibat permintaan yang lebih suram serta kebimbanga­n mengenai kelemahan eksport serta seiring dengan pergerakan minyak soya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2018 susut RM58 kepada RM2,378 satu tan, Julai 2018 merosot RM67 kepada RM2,369 satu tan, Ogos 2018 berkuranga­n RM73 kepada RM2,366 satu tan dan September 2018 turun RM70 kepada RM2,368 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 209,023 lot daripada 130,376 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka bertambah kepada 302,853 kontrak daripada 263,107 kontrak.

Di pasaran fizikal, Jun Selatan susut RM65 kepada RM2,380 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia