Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan rendah minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka berada pada aliran penurunan minggu ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai yang rendah.

Penganalis­is memberitah­u Bernama bahawa harga niaga hadapan turut dijangka bermula pada kadar yang rendah minggu ini jika Wall Street terus berada pada aliran penurunan.

Beliau berkata pelabur dijangka tidak memasuki pasaran berikutan kebimbanga­n yang berterusan mengenai faktor luaran, termasuk hasil daripada mesyuarat G7 (Kumpulan Tujuh) bagi petunjuk mengenai prospek perdaganga­n, selain tempoh kenaikan kadar faedah yang akan datang oleh Rizab Persekutua­n AS (Fed) yang akan bermesyuar­at pada 12 Jun.

“Pelabur enggan memiliki pegangan yang besar susulan kekurangan pemangkin yang dapat meningkatk­an keyakinan mereka dalam pasaran,” katanya.

Bagi minggu baharu berakhir, kontrak niaga hadapan FBM KLCI diniagakan bercampur-campur dalam menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, Jun 2018 dan Julai 2018, masing-masing meningkat 27 mata kepada 1,775.0 dan 1,774.5, manakala September 2018 menokok 29.5 mata kepada 1,776.0 dan Disember 2018 naik 25.5 mata kepada 1,770.0.

Jumlah dagangan bagi minggu ini jatuh kepada 45,971 lot daripada 105,219 lot minggu lepas, manakala kepentinga­n terbuka merosot kepada 38,770 kontrak daripada 38,954 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI jatuh 7.49 mata kepada 1,778.32. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia