Utusan Borneo (Sabah)

Woody Allen dakwa dia sepatutnya menjadi budak poster #MeToo

-

PEMBUAT filem Amerika Woody Allen telah menyokong pergerakan #MeToo menentang gangguan seksual dan berkata dia pasti sudah menjadi ‘budak poster’ bagi kempen tersebut jika dia tidak difitnah.

“Ia adalah satu perkara yang bagus untuk mereka mendedahka­n mereka,” kata Allen kepada rangkaian televisyen Canal 13 di Argentina.

Penerbitan artikelart­ikel yang meletup mengenai taikun perfileman Harvey Weinstein pada Oktober lalu telah mencetuska­n waktu bersejarah dan sejak itu memusnahka­n karier puluhan lelaki yang berkuasa dalam pelbagai industri.

“Saya sepatutnya menjadi budak poster bagi pergerakan MeToo. Saya sudah bekerja dalam filem selama 50 tahun, saya sudah bekerja dengan ratusan aktres, dan tidak ada seorang pun yang pernah membayangk­an sebarang jenis perbuatan yang tidak senonoh,” ujarnya, dan menambah semua wanita yang bekerja dalam penerbitan dalam filem-filemnya telah dibayar gaji yang sama rata dengan lelaki.

Pelakon dan pengarah berusia 82 tahun itu berkata dia kecewa kerana dia telah digolongka­n bersama pencabul yang didedahkan oleh pergerakan itu kerana dakwaan bahawa dia pernah mencabul anak perempuan angkatnya Dylan Farrow pada 1992 ketika Dylan berusia tujuh tahun.

Dia dibebaskan daripada dakwaan tersebut, yang mula-mula dibuat oleh isterinya ketika itu Mia Farrow, selepas dua siasatan berasingan selama berbulan-bulan.

“Orang yang telah dituduh oleh 20 orang wanita, 50 orang wanita, 100 orang wanita melakukan pencabulan demi pencabulan, dan saya – yang hanya dituduh oleh seorang wanita dalam satu kes penjagaan anak, yang telah disiasat dan terbukti tidak benar – saya telah dilonggokk­an dengan orang-orang ini,” kata Allen.

“Ini begitu gila sekali. Ini adalah sesuatu yang telah diteliti dengan begitu terperinci 25 tahun lalu oleh semua pihak berkuasa, dan semua orang mencapai kesimpulan bahawa ia tidak benar. Dan itulah penghujung­nya, dan saya sudah meneruskan kehidupan saya.

“Dan sekarang, untuk ia kembali sekarang, ia adalah perkara yang buruk untuk menuduh seseorang melakukann­ya. Saya adalah seorang lelaki dengan keluarga dan anak-anak saya sendiri. Jadi sudah tentulah ia menyakitka­n hati.”

Dakwaan itu muncul semula ekoran pergerakan #MeToo, yang menyebabka­n beberapa pelakon yang pernah bekerja dengan Allen untuk menjauhkan diri daripadany­a.

Moses Farrow, anak lelaki angkat Mia Farrow dan Woody Allen, mengeluark­an satu esei peribadi yang panjang pada bulan lepas untuk mempertika­ikan cerita itu dan menuduh ibunya melakukan penderaan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail yang diambil pada 13 November 2017 ini menunjukka­n pembikin filem AS Woody Allen menghadiri tayangan filem ‘Wonder Wheel’ di Museum of Modern Art, New York City. Woody Allen yang menyokong pergerakan #MeToo berkata dia sepatutnya menjadi...
— Gambar AFP GAMBAR fail yang diambil pada 13 November 2017 ini menunjukka­n pembikin filem AS Woody Allen menghadiri tayangan filem ‘Wonder Wheel’ di Museum of Modern Art, New York City. Woody Allen yang menyokong pergerakan #MeToo berkata dia sepatutnya menjadi...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia