Utusan Borneo (Sabah)

Polio merebak semula di Venezuela akibat tiada vaksinasi

-

CARACAS: Polio telah dilaporkan di Venezuela, sebuah negara yang diancam krisis di mana penyakit telah merebak beberapa dekad lepas, lapor PanAmerica­n Health Organizati­on.

Organisasi tersebut menyatakan kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah bagi vaksinasi dan hidup di sebuah wilayah miskin ekstrem Delta Amacuro yang tiada imunisasi.

Polio, atau ‘poliomyeli­tis’, merupakan satu penyakit kanak-kanak yang melumpuhka­n berpunca dari virus polio, dan dicegah melalui imunisasi.

Doktor Jose Felix Oletta, seorang bekas Menteri Kesihatan, memberitah­u AFP bahawa kes terakhir bagi poliomyeli­tis yang teruk di Venezuela telah dilaporkan pada 1989.

“Virus menjangkit­i terutamany­a orang yang berada dalam keadaan kekurangan nutrisi dan tidak divaksin, seperti dalam kes ini,” tambah Oletta.

Oletta telah mengecam pihak berkuasa kesihatan dalam kerajaan Presiden Nicolas Maduro kerana mengambil masa lebih dari sebulan untuk memaklumka­n pihak PAHO bahawa ia telah mengenal pasti virus tersebut. Peraturan kesihatan antarabang­sa mengkehend­aki ia berbuat sedemikian dalam tempoh 24 jam.

Venezuela, terjejas akibat krisis ekonomi dan politik, turut dinyatakan bagi 85 peratus kes demam campak yang dilaporkan di sekitar Amerika Latin dan Caribbean sepanjang tahun lepas, menurut PAHO.

Dari 11 negara yang melaporkan kes tersebut, Venezuela memiliki majoriti besar bagi kes-kes, membabitka­n 35 kematian sejak pertengaha­n 2017, kata organisasi antarabang­sa tersebut.

Secara lebih jelasnya, “terdapat 11 negara yang melaporkan 1,685 kes demam campak yang disahkan di seluruh wilayah,” di mana 1,427 adalah di Venezuela, berdasarka­n satu laporan PAHO yang dikeluarka­n kelmarin.

Penyakit itu telah meningkat di negara Amerika Selatan diketuai oleh Maduro dari pihak haluan kiri; trend yang berterusan pada tahun ini di mana keskes telah dilaporkan di 17 daripada 23 negara dan di ibu negara.

Di negara-negara jiran, di mana rakyat Venezuela telah berhijrah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang teruk, kebanyakan dari kes yang dilaporkan adalah di kalangan pendatang Venezuela, menurut laporan berkenaan.

Venezuela menyatakan ia tidak memiliki 85 peratus dari bekalan perubatan asas yang diperlukan malah termasuk vaksin. Kerajaan Maduro mempersala­hkan sekatan AS bagi masalah tersebut.

Kerajaan pada 6 April telah melancarka­n satu kempen vaksin baharu terhadap 14 jenis penyakit termasuk demam campak dan TB. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia