Utusan Borneo (Sabah)

Harga barang pasar tani berpatutan dan kompetitif

-

SHAH ALAM:Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA)memberijam­inan harga barangan keperluan dan makanan yang dijual di pasar tani seluruh negara sepanjang musim perayaan Aidilfitri, berpatutan dan kompetitif.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata sehubungan itu, kementeria­nnya akan memastikan barangan yang dijual di 732 pasar tani di seluruh negara itu bermutu dan berkualiti untuk kegunaan pengguna.

“Kita mahu 732 pasar tani itu berperanan sebagai pusat pengumpula­n barangan keperluan dan makanan terutamany­akepadapen­gguna yang sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Dengan cara itu, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan kerana barangan pasar tani termasuk ayam, daging, ikan dan sayur yang ditawarkan jauh lebih segar dan dijual dengan harga yang berpatutan berbanding pasar lain seperti pasar raya, pasar besar dan kedai runcit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Jimat Belanja Aidifitri di Pasar Tani Seksyen 13 di sini, pada Ahad.

Turut hadir, exco Pertanian negeri Selangor Ir Izham Hashim dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Datuk Ahmad Ishak.

Salahuddin berkata kementeria­nnya dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) juga akan membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan peniaga pasar tani tidak menaikkan harga barang sewenangwe­nangnya.

“Selain pemantauan harga di pasar tani, kita juga mengharapk­an kesan rantaian daripada sifar GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) yang telah dilaksanak­an 1 Jun lepas akan turut memberikan pulangan faedah kepada rakyat.

“Tidak guna sekiranya kita perjuangka­n untuk mansuh GST ini tetapi rakyat tidak mendapat manfaat daripadany­a,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai genap sebulan pemerintah­an Tun Dr - Gambar BERNAMA Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri semalam, Salahuddin menyifatka­n pencapaian Dr Mahathir setakat ini sangat membanggak­an.

Beliau berkata tindakan perdana menteri yang berani membuat keputusan berhubung dasar kerajaan selain telah memenuhi beberapaja­njidalamma­nifesto Pakatan Harapan juga dilihat sebagai satu kejayaan.

“Saya juga yakin dengan pasukan kabinet baharu di bawah Tun Dr Mahathir dan sekiranya anggota kabinet bermula dengan satu sikap dan sistem nilai yang menerapkan rasa jujur dan berintegri­ti, saya pasti kita (kerajaan hari ini) boleh pergi jauh,” tambahnya. - Bernama

 ??  ?? SALAHUDDIN
(tiga, kanan) membuat lawatan ke gerai usahawan selepas melancarka­n Jualan Jimat Belanja Aidilfitri Pasar Tani di Pasar Tani Stadium Shah Alam pada Ahad.
SALAHUDDIN (tiga, kanan) membuat lawatan ke gerai usahawan selepas melancarka­n Jualan Jimat Belanja Aidilfitri Pasar Tani di Pasar Tani Stadium Shah Alam pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia