Utusan Borneo (Sabah)

Mekanisme deklarasi harta diputuskan Kabinet sebelum persidanga­n Parlimen

-

KUALA LUMPUR: Mekanisme deklarasi harta oleh anggota pentadbira­n kerajaan masih dalam peringkat perbincang­an, dan keputusan muktamad hanya akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang akan datang.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata aspek deklarasi harta oleh anggota pentadbira­n adalah antara perkara yang akan dibincangk­an dengan terperinci pada mesyuarat itu, yang dijangka diadakan sebelum persidanga­n Parlimen bermula.

“Pada mesyuarat JKKMAR pada8Junla­lu,Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah menzahirka­n komitmen beliau dan kerajaan untuk membincang­kan perkara berkaitan dengan mekanisme deklarasi harta dan pemberian hadiah dalam kadar yang segera,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama pada Ahad.

Beliau berkata perdana menteri juga mencadangk­an supaya maklumat deklarasi harta oleh anggota-anggota pentadbira­n kepadanya turut diserahkan kepada agensiagen­si pencegahan rasuah.

“Sehubungan itu, GIACC mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan dan input bagi mewujudkan mekanisme yang lebih efektif berkaitan dengan deklarasi harta oleh anggota pentadbira­n,” katanya.

Abu Kassim berkata GIACC juga akan mengadakan sesi perbincang­an dengan pihakpihak yang berkepenti­ngan bagi mendapatka­n pandangan dan maklum balas untuk mewujudkan mekanisme yang lebih baik dan komprehens­if.

“GIACCyakin­kerjasamad­an sokongan padu daripada semua pihakakanm­embantumen­capai objektif membebaska­n negara daripada masalah rasuah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut mengalu-alukan reaksi dan maklum balas yang dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat sivil berkenaan dengan mekanisme deklarasi harta oleh anggota pentadbira­n.

Pada 1 Jun lepas, Dr Mahathir telah bersetuju untuk menubuhkan GIACC bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah di negara ini dengan melantik Abu Kassim, yang merupakan bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menerajui GIACC.

GIACC akan bertanggun­gjawab dalam merancang, menggubal strategi dan menilai dasar dalam memastikan semua urusan kerajaan dilaksana berteraska­n tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah.

Antara tugas awal GIACC yang dipersetuj­ui perdana menteri adalah memastikan 21 janji berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah yang terdapat dalam manifesto kerajaan diberi tumpuan khusus untuk dilaksanak­an dalam fasa-fasa tertentu. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia