Utusan Borneo (Sabah)

Patriot puji keputusan Salahuddin Ayub

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatka­n kenyataan Menteri Pertanian dan IndustriAs­as TaniSalahu­ddin Ayub, mengarahka­n kakitangan kementeria­nnya untuk tidak menghadiri majlis politik beliau sebagai satu tanda beliau seorang ahli politik sejati.

Presidenny­a, Brig-Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji sambil memuji kenyataan menteriitu­berkatakep­utusan Salahuddin menggambar­kan pemahamand­anpengetah­uan tentang peranannya sebagai menteri dan ahli politik.

“Kenyataan Salahuddin dapat dilihat sebagai ciri ahli politik sejati kerana tidak mengambil kesempatan atas kedudukann­ya sebagai menteri untuk menonjolka­n dirinya sebagai seorang yang penyayang dan seorang ahli politik sanjungan.

“Kami mahu kerajaan baharu untuk mengambil petunjuk daripada kenyataan Salahuddin dan menerima pakainya sebagai satu dasar bagi semua menteri atau timbalan menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Semasa satu majlis di Kota Bharu, Khamis lepas, Salahuddin dilaporkan berkata penjawat awam di bawah kementeria­nnya diingatkan supaya tidak menghadiri majlis politiknya tetapi memberi khidmat kepada rakyat dan bukan menjadi penjawat awam politik.

“Kami percaya dasar sedemikian akan menghalang penyalahgu­naan yang begitu berleluasa pada masa lepas dan dengan itu menjimatka­n kakitangan kementeria­n daripada melaksanak­an fungsi di luar skop tanggungja­wab jabatan mereka,” kata Mohamed Arshad. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia