Utusan Borneo (Sabah)

Van Marwijk harus rangka strategi baharu

-

BUDAPEST, Hungary: Jurulatih Australia, Bert Van Marwijk harus merangka strategi baharu walaupun pasukannya menang 2-1 ke atas Hungary pada perlawanan persediaan terakhir sebelum Piala Dunia 2018 di sini Sabtu lepas.

Australia kelihatan berbisa dalam separuh masa pertama dan berterima kasih kepada penjaga golnya, Mathew Ryan kerana mengekal kedudukan pada masa rehat selepas beberapa cubaan baik dari pasukan tuan rumah.

“Separuh masa pertama agak buruk, kami melakukan banyak kesilapan, banyak berlari dengan bola. Kami tidak cukup sabar dan juga mempunyai beberapa masalah teknikal,” kata Marwijk.

“OK, kami tidak bolos dan kami sudah bekerja-keras sejak beberapa pemain – pemain mungkin keletihan.

“Dalam separuh masa kedua, kami bermain dengan lebih baik dan mengawal permainan. Anda boleh melihat, selepas 11, kami mahukan kemenangan. Ia sesuatu yang positif. Dari segi moral, kami menang tetapi saya memberitah­u pemain, saya tidak berpuas hati.”

Australia, yang akan beraksi di Piala Dunia buat kali kelima mereka di Rusia minggu ini, meningkatk­an permainan dalam separuh masa kedua dan membuka jaringan pada minit ke-74 apabila rembatan kencang Daniel Arzani mengejutka­n penjaga gol Denes Dibusz, yang gagal

Australia, Daniel Arzani (kiri) diasak oleh pemain Hungary, Daniel Bode pada aksi persahabat­an di Groupama Arena, Budapest Sabtu lepas. — Gambar Reuters

menangkap kemas bola.

Bagaimanap­un, pemain pertahanan Australia, Trent Sainsbury, tertanduk bola ke pintu golnya sendiri untuk gol penyamaan Hungary selepas kekeliruan dengan penjaga gol gantian, Brad Jones ketika berbaki dua minit permainan.

Namun masih ada kebangkita­n lewat buat Australia dan kali ini gol sendiri juga menjadi penentu kemenangan apabila Tamas Kadar tertolak bola ke pintu gol sendiri pada minit ke-92 untuk memberikan Australia kemenangan kedua mereka dalam persediaan ke Piala Dunia 2018.

Australia membelasah Republik Czech 4-0 lapan hari lepas di Austria. Mereka tidak pernah menang pada perlawanan di tempat lawan sejak 2016 sehingga kemenangan ke atas Czech dan dua kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan mengangkat semangat pasukan. -AFP

 ??  ?? PEMAIN
PEMAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia