Utusan Borneo (Sabah)

Perak rampas tangga kedua Liga Super dari Pahang

Tewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Perak

-

KUALA LUMPUR: Perak merampas tangga kedua Liga Super dari Pahang selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam Sabtu.

Kemenangan kelapan tersebut menyaksika­n skuad ‘The Bos Gaurus’ mengumpul 27 mata selepas beraksi 15 perlawanan setakat ini.

Dua gol pasukan Perak dijaringka­n Brendan Gan pada minit ke-55 dan pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos pada minit ke-84.

Terengganu FC (TFC) pula naik dua anak tangga ke kedudukan kelima liga setelah mengalahka­n wakil Perak, PKNP FC 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada perlawanan berkenaan, skuad Penyu mendahului 2-0 hasil jaringan Kipre Brice Hermann Tchetche pada minit ke-67 dan Lee Andrew Tuck, selang tiga minit kemudian, sebelum pemain import dari Korea Selatan, Kim Sang Woo mengurangk­an defisit jaringan untuk PKNP FC pada minit ke-78.

Kuala Lumpur pula naik tiga anak tangga ke kedudukan ketujuh liga selepas bangkit daripada ketinggala­n sebelum menewaskan Melaka 4-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Empat gol pasukan pelawat dijaringka­n kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-30 dan ke-82, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak (minit ke-55) dan pemain import dari Brazil, Guilherme De Paula Lucrecio pada minit ke-63.

Dua gol pasukan Melaka disumbangk­an pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi Jeon seawal minit kelima dan ke-42.

Kuala Lumpur sebelum itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Zhafri Yahya dilayangka­n kad merah oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-70.

Dalam aksi tunggal Liga Premier, pasukan MIFA menang tipis 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Dua gol pasukan tuan rumah dijaringka­n R. Barathkuma­r pada minit ke-25 dan pemain import dari Brazil, Elizeu Araujo de Melo Batista pada minit ke-35, manakala gol tunggal Sarawak oleh Bobby Gonzales pada minit ke-46 menerusi sepakan penalti.

-Bernama

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Terengganu FC (TFC), Parthiban Janasekara­n (kanan) diasak oleh pemain pasukan PKNP FC, Mohammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada saingan Liga Super 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah. -Gambar Bernama (Gambar bawah) PEMAIN Sarawak, Bobby Gonzales (tengah) berjaya melepasi pemain MIFA, Elizeu AraujoDe Melo Batista pada Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
(Gambar bawah) KAPTEN pasukan Terengganu FC (TFC), Tchetche Hermann Brice Kipre (jersi putih) diasak oleh pemain pasukan PKNP FC. -Gambar Bernama
PEMAIN Terengganu FC (TFC), Parthiban Janasekara­n (kanan) diasak oleh pemain pasukan PKNP FC, Mohammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada saingan Liga Super 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah. -Gambar Bernama (Gambar bawah) PEMAIN Sarawak, Bobby Gonzales (tengah) berjaya melepasi pemain MIFA, Elizeu AraujoDe Melo Batista pada Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. (Gambar bawah) KAPTEN pasukan Terengganu FC (TFC), Tchetche Hermann Brice Kipre (jersi putih) diasak oleh pemain pasukan PKNP FC. -Gambar Bernama
 ??  ?? PEMAIN Perak meraikan jaringan gol pertama yang dilakukan oleh Brendan Seng Ling Gan (dua, kanan) pada perlawanan bola Liga Super Perak bertemu Negeri Sembilan di Stadium Perak. -Gambar Bernama
PEMAIN Perak meraikan jaringan gol pertama yang dilakukan oleh Brendan Seng Ling Gan (dua, kanan) pada perlawanan bola Liga Super Perak bertemu Negeri Sembilan di Stadium Perak. -Gambar Bernama
 ??  ?? PEMAIN Perak, Gilmar Jose Da Silva Filho (kiri) berebut bola dengan pemain Negeri Sembilan, Mohd Nasriq Baharom (kanan) pada perlawanan itu. -Gambar Bernama
PEMAIN Perak, Gilmar Jose Da Silva Filho (kiri) berebut bola dengan pemain Negeri Sembilan, Mohd Nasriq Baharom (kanan) pada perlawanan itu. -Gambar Bernama
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia