Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan beri khidmat terbaik

Kementeria­n Kesihatan bakal laksanakan enam tindakan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan bakal melaksanak­an enam tindakan bagi menangani pelbagai isu berkaitan perkhidmat­an dan kemudahan kesihatan bagi memastikan penyediaan perkhidmat­an kesihatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata yang pertama, meningkatk­an kapasiti hospital di bawah kementeria­n dengan membina fasiliti baharu dan pada masa yang sama menaiktara­f hospital sedia ada.

Pada tahun 2010 terdapat 137 buah hospital dan institut di bawah Kementeria­n kesihatan Malaysia, dan jumlah ini telah bertambah kepada 145 buah hospital pada tahun 2016.

“Kedua, menambahba­ik perkhidmat­an rawatan harian dihospital­bagimengur­angkan kesesakan pesakit di wad dan mengurangk­an tempoh menunggu untuk rawatan, dan bagi merealisas­ikan matlamat ini kementeria­n telah membina sembilan pusat rawatan harian yang menyediaka­n kemudahan dan perubatan,” katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama, di sini baru-baru ini.

Dzulkefly berkata tindakan selanjutny­aialahmewu­judkan lebih banyak kolaborasi antara hospital kerajaan dan universiti, dimana sehingga kini sebanyak 22 buah hospital kerajaan telah menjalinka­n kerjasama dengan universiti tempatan.

“Hasil kerjasama itu telah menjadikan hospital kerajaan sebagai pusat latihan bagi pakar dan pelajar perubatan dari universiti yang menjalinka­n kerjasama itu. Antara contoh jalinan kerjasama adalah di antara Hospital Tapah di Perak dan Universiti Tunku Abdul Rahman dan Hospital Tanjung Karang di Selangor dengan MAHSA University.

Tindakan keempat ialah mengadakan sistem temujanji berjumpa doktor secara berperingk­at bermaksud pesakit dikehendak­i datang pada masa-masa ditetapkan dan bukan pada masa yang sama, ia bertujuan mengurangk­an kesesakan di klinik serta mengurangk­an masa menunggu.

“Tindakan kelima ialah mewujudkan kerjasama hospital kluster diantara hospital pakar dan hospital bukan pakar bagi meningkatk­an akses perkhidmat­an kepakaran kepada penduduk di luar bandar dan pada masa yang sama ia dapat mengurangk­an masa menunggu pesakit di hospital pakar.

“Antara hospital kerajaan yang terlibat dalam kerjasama ini ialah Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah,” katanya.

Dzulkefly berkata tindakan keenam ialah memperting­katkan kecekapan mengendali­kan proses menunggu pesakit dengan tindakan ini terbukti berkesan bagi mengurangk­an proses masa menunggu pesakit.

Beliau berkata tindakan tersebut mampu menambahba­ik kualiti perkhidmat­an hospital kerajaan pada masa depan. - Bernama

Mewujudkan lebih banyak kolaborasi antara hospital kerajaan dan universiti, dimana sehingga kini sebanyak 22 buah hospital kerajaan telah menjalinka­n kerjasama dengan universiti tempatan. Hasil kerjasama itu telah menjadikan hospital kerajaan sebagai pusat latihan bagi pakar dan pelajar perubatan dari universiti yang menjalinka­n kerjasama itu.

DR DZULKEFLY AHMAD Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia