Utusan Borneo (Sabah)

Dokumen palsu sebagai tulen, peguam bergelar Datuk bebas

Tuduhan guna dokumen palsu sebagai tulen

- Oleh CLARICE USOP

“Jika sabit salah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, boleh dikenakan penjara selama kedua-duanya.” dua tahun atau denda, atau

KOTA KINABALU: Seorang peguam bergelar Datuk dibebaskan atas empat pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu sebagai tulen, berkaitan memorandum pemindahan dan perjanjian jual beli tanah.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menyampaik­an keputusan berkenaan terhadap Datuk Kong Hong Ming, 64, tanpa dipanggil membela diri.

Dalam penghakima­n berkenaan, beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Pertuduhan pertama, K ong menggunaka­n sebagai tulen memorandum pemindahan tanah antara Jeff Leong, Albert Leong dan syarikat March Advantage Sdn Bhd, dipercayai sebagai palsu.

Kesalahan dilakukan pada 24 Mac 2014 jam 2.12 petang, di Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Kedua, tertuduh melakukan kesalahan sama pada 9 Februari 2012 jam 8.42 pagi, di Pejabat Pendaftara­n Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, di sini.

Ketiga, Kong menggunaka­n sebagai tulen perjanjian jual beli bertarikh 31 Oktober 2005 untuk tanah yang sama, antara Jeff, Albert dan syarikat berkenaan.

Kesalahan dilakukan pada 11 September 2013 jam 8.30 pagi, di Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Keempat, pada 2 September 2010 jam 11.54 pagi di Pejabat Pendaftara­n Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, di sini, Kong didakwa melakukan kesalahan sama.

Sebelum ini, Kong yang diwakili peguam James Tsai dan Mary Lee mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan berkenaan.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, boleh dikenakan penjara selama dua tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Prosiding perbicaraa­n kes pada peringkat pendakwaan bermula pada 18 Disember tahun lalu dan berakhir pada 2 April, yang mana 15 saksi dipanggil memberikan keterangan terhadap Kong.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwara­ya Haderiah Siri, yang bertindak untuk Siti Amirah Mohamad Ali dari Jabatan Peguam Negara Putrajaya.

 ??  ?? KONG (tengah), Mary (enam kiri) dan James (empat kanan) bersama para penyokong yang hadir di mahkamah.
KONG (tengah), Mary (enam kiri) dan James (empat kanan) bersama para penyokong yang hadir di mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia