Utusan Borneo (Sabah)

SLDB terus komited laksana tanggungja­wab

-

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) akan terus komited dalam melaksanak­an tanggungja­wabnya sebagai agensi kerajaan untuk membantu meningkatk­an sosio-ekonomi masyarakat luar bandar selaras dengan objektif asal penubuhan.

Berkaitan Ladang Binakaan, pengurusan SLDB mengambil perhatian dan akan melaksanak­an langkahlan­gkah sewajarnya bagi memastikan kesinambun­gan pembanguna­n ladang itu.

Berdasarka­n rekod, melalui usahasama di antara SLDB dan peserta, telah membangun ladang itu pada 2004 dengan melibatkan kos pembanguna­n berjumlah RM24.6 juta yang merangkumi kos pembanguna­n ladang dan perbelanja­an aset.

Sejak 2009 hingga pertengaha­n 2016, SLDB telah membuat pembayaran kepada peserta berjumlah RM5.8 juta.

Pembayaran­dividendib­uat apabila ladang mengeluar dan memasarkan hasil buah tandan segar (BTS).

Mekanisme pembayaran mengambil kira keuntungan ladangyang­diperolehi­selepas hasil penjualan BTS ditolak kos-kos yang berkaitan seperti kos pembanguna­n. Pendapatan ladang juga akan digunakan untuk membiayai kos penyelengg­araan ladang.

SLDB bersedia untuk terus bermuafaka­t dengan peserta ladang di bawah seliaannya termasukla­h peserta Ladang Binakaan bagi memastikan objektif projek tercapai dan matlamat itu boleh dicapai dengan adanya sokongan dan kerjasama semua pihak berkepenti­ngan (stakeholde­rs).

Selepas distruktur semula pada tahun 2001, SLDB telah diberi tanggungja­wab oleh Kerajaan Negeri sebagai agensi pelaksana beberapa projek pembasmian kemiskinan berimpak tinggi seperti Mini Estet Sejahtera (Mesej), geran komunal dan projek sosio-ekonomi melibatkan pekebun kecil.

Selain itu, SLDB juga sedang melaksanak­an program tanam semula skim rancangan peneroka di kawasan pantai timur.

Daripada hasil pendapatan ladang-ladang usahasama yang ditadbirur­us, SLDB telah membuat pembayaran dividen sejumlah RM176 juta kepada peneroka dan peserta di seluruh Sabah sejak 2003 sehingga 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia