Utusan Borneo (Sabah)

Program mendekati orang ramai

KPJ Sabah anjur pelbagai acara sebagai pengisian Ramadan

-

KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah menganjurk­an program bulan Ramadan bagi memperbaha­rui keupayaan umat Islam untuk mengamalka­n kesabaran dan pantang, seperti yang dilakukan warga hospital berkenaan tugas harian.

Ramadan juga merupakan masa untuk meningkatk­an perbuatan baik hospital itu melalui amal, untuk terus membantu mereka yang memerlukan dan mengukuhka­n hubungan bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, tetapi juga rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

Program Ramadan KPJ Sabah meliputi tiga aspek iaitu majlis berbuka puasa antara pihak pengurusan dan kakitangan hospital dengan 30 kanak-kanak dari rumah anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher.

Acara itu diadakan pada 28 Mei 2018 di lobi hospital A di mana majlis berbuka puasa, pengagihan duit raya dan bekalan makanan ke rumah anak yatim dilakukan.

Majlis itu telah dihadiri Pengarah Eksekutif Wilayah KPJ Malaysia Timur Mah Lai Heng, Pengarah Perubatan KPJ Sabah Prof Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Sabah Miranda Harumal, perunding dari KPJ Sabah dan KPJ Damai serta kakitangan hospital berkenaan.

Aspek kedua ialah penyediaan bubur lambuk oleh kakitangan KPJ Sabah pada 12 Jun 2018 untuk diedarkan kepada pesakit dan pesakit luar hospital, para perunding dan kakitangan.

Objektif pengagihan bubur lambuk adalah untuk berkongsi kegembiraa­n berbuka puasa dan mengeratka­n lagi hubungan antara perunding dan kakitangan.

Aspek ketiga ialah sumbangan amal Ramadan 2018 oleh pengurusan KPJ Sabah kepada kakitangan pada 12 Jun 2018.

Ia adalah acara tahunan yang diatur oleh Mutiara Johor Corporatio­n dan akan dijalankan oleh semua kumpulan Hospital KPJ untuk memperluas­kan sumbangan kepada kakitangan yang kurang bernasib baik dan layak.

Pada tahun ini, seramai 22 kakitangan KPJ Sabah layak menerima sumbangan amal Ramadan.

“Ia adalah acara tahunan yang diatur oleh Mutiara Johor Corporatio­n dan akan dijalankan oleh semua kumpulan Hospital KPJ untuk memperluas­kan sumbangan kepada kakitangan yang kurang bernasib baik layak.” dan

 ??  ?? Sambar atas MIRANDA menggaul bubur lambuk bersama Pengurus Klinikal & Operasi KPJ Sabah Cha Chon Heng serta kakitangan KPJ Sabah.
Sambar atas MIRANDA menggaul bubur lambuk bersama Pengurus Klinikal & Operasi KPJ Sabah Cha Chon Heng serta kakitangan KPJ Sabah.
 ??  ?? MAJLIS Berbuka Puasa pada 28 Mei dihadiri Dr Ajaz Ahmad, Mah, Miranda serta para perunding dan kanak-kanak dari Rumah Amal Kasih Kingfisher.
MAJLIS Berbuka Puasa pada 28 Mei dihadiri Dr Ajaz Ahmad, Mah, Miranda serta para perunding dan kanak-kanak dari Rumah Amal Kasih Kingfisher.
 ??  ?? Gambar kiri MIRANDA (tengah), Pengurus Besar Pusat Penjagaan Damai Wellness Wendy Voo bersama ketuaketua perkhidmat­an dan para penerima sumbangan.
Gambar kiri MIRANDA (tengah), Pengurus Besar Pusat Penjagaan Damai Wellness Wendy Voo bersama ketuaketua perkhidmat­an dan para penerima sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia