Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan sambutan Aidilfitri medan mengeratka­n hubungan: MB

-

KUALA TERENGGANU: Sambutan Aidilfitri hendaklah dijadikan sebagai medan mengeratka­n hubungan kekeluarga­an dan ukhuwah Islamiyah tanpa mengira latar belakang politik, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya r??akyat perlu membuka lembaran baru bagi membangunk­an negeri Terengganu dengan membawa dasar mesra rakyat, politik yang melebarkan kasih sayang, ekonomi mampan dan kehidupan rakyat yang sejahtera.

“Aidilfitri ertinya kita menyambut kemenangan melawan hawa nafsu dengan meninggalk­an larangan Allah S. W.T dalam bulan Ramadan. Semoga hari raya ini menjadikan kita lebih baik daripada tahun sebelumnya.

“Begitu juga kita harapkan negeri Terengganu selepas berlakunya perubahan pentadbira­n kerajaan dalam Pilhan Raya Umum (PRU) 14…kita mengharapk­an negeri ini juga menjadi lebih baik dengan penambahba­ikan kepada kesejahter­aan rakyat.

“Sempena Aidilfitri ini, meriahkan suasana dengan budaya kunjung mengunjung antara sanak saudara

dan rakanakan. Sebarkan keharmonia­ndanhubung­anbudaya antara kaum untuk kesejahter­aan semua,” katanya dalam Perutusan Hari raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu pada Khamis.

Di samping itu, beliau turut mengingatk­an rakyat negeri ini supaya terus berdoa untuk umat Islam Rohingya, Palestin dan Syria yang tidak bernasib baik dan berada dalam kancah konflik sejak sekian lama.

“Di samping kegembiraa­n menyambut Aidilfitri, janganlah lupa kepada nasib saudara kita yang berada di luar negara. Mereka berada dalam keadaan kurang berkemampu­an dalam konflik yang berpanjang­an.

“Untuk anak perantau yang akan pulang ke kampung halaman pula semoga sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju. Pandulah dengan berhati-hati dan banyakkan bersabar,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia