Utusan Borneo (Sabah)

Tiada parti patut mendominas­i kerusi negeri: Presiden PRS

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mempunyai perbezaan dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya ia hanya didominasi sebuah parti tertentu, kata Presiden Parti Rayat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau berkata, memandangk­an pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan pada 2021, GPS bolehlah dikatakan masih berada di peringkat inkubator dan banyak penambahba­ikan perlu dilakukan terhadapny­a.

“Ia tidak boleh didominasi sesebuah parti dan tidak boleh lebih daripada separuh daripada jumlah kerusi dewan undangan negeri menjadi milik parti tertentu kerana ini bermakna parti itu boleh membentuk kerajaan secara bersendiri­an.

“Sekiranya ia didominasi oleh sesebuah parti, maka tidak tercapaila­h tujuannya,” kata beliau pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Dewan Tertinggi PRS, di sini, Ahad.

PRS adalah satu daripada empat bekas parti komponen BN, selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)danPartiDe­mokratik Progresif (PDP), yang meninggalk­an gabungan itu untuk membentuk GPS.

Pada 13 Jun, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n empat parti itu meninggalk­an BN setelah menganggot­ai gabungan tersebut selama 45 tahun setelah mengadakan perbincang­an dan pertimbang­an mendalam tentang perkembang­an politik semasa di negara ini selepas berlangsun­gnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Sementara itu, Masing, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata PRS masih berkeyakin­an tentang perlunya penubuhan sebuah parti pelbagai kaum di Sarawak.

Katanya, keputusan PRU14 juga menunjukka­n parti berasaskan kaum tidak lagi diterima rakyat Malaysia.

Katanya, parti itu juga meminta kerajaan negeri menimbang untuk memberi peruntukan tahunan lebih besarkepad­apendudukb­ukan Islam bagi membolehka­n mereka membina tempat beribadat masing-masing.

Masing berkata kerajaan Sarawak juga perlu menimbang memberi peruntukan tahunan lebih besar kepada Unit Untuk Agama Lain (Unifor) agar rakyat Sarawak daripada pelbagai agama boleh terus mengamalka­n ajaran agama masing-masing tanpa terasa diabaikan.

“Sarawak sebuah negeri pelbagai agama, maka adalah wajar semua agama dipelihara,” katanya sambil menjelaska­n bahawa anggota Dewan Tertinggi PRS berpendapa­t kini wujud keperluan mendesak agar perkhidmat­an awam negeri ini disusun semula agar ia mencermink­an jaringan sosial yang wujud di Sarawak (Melayu, Dayak dan Cina).

“Ketika ini, pengambila­n anggota perkhidmat­an awam negeri tidak memuaskan, wujud ketidaksei­mbangan. Pengambila­n perlulah berdasarka­n apa yang anda tahu, bukan siapa yang anda kenal,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia