Utusan Borneo (Sabah)

Beli diesel langkah segera tangani penjanaan kuasa elektrik di sekolah Sarawak

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan akan membuat pembelian diesel baharu sebagai langkah segera untuk menyelesai­kan masalah penjanaan kuasa elektrik di sekolah-sekolah di Sarawak. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementeria­n Kewangan juga telah mempertimb­angkan urusan pembelian ini.

“Peruntukan akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan segera agar pembelian ini boleh dibuat.

“Saya akan pastikan bahawa bekalan diesel dapat disampaika­n kepada sekolahsek­olah yang berkaitan secepat mungkin sebelum para pelajar kembali ke sekolah selepas cuti,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam kenyataan itu, Maszlee berkata beliau telah maklum mengenai masalah elektrik yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tertentu di Sarawak.

Beliau berkata sekolahsek­olah ini sepatutnya mendapat bekalan diesel daripada syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd tetapi syarikat berkenaan telah gagal menyediaka­n bekalan yang sewajarnya.

Pada11Jun,Maszleeber­kata Kementeria­nPendidika­ntelah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyelewen­gan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di Sarawak yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunaka­n genset diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah adalah daripada beberapa kontraktor yang dibekalkan secara kontrak.

Bermula 1 Jan 2017, Jepak Holding yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, telah diberikan kontrak membekalka­n elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Dis 2019 dengan nilai ‘melebihi RM1 bilion’ termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Laporan sebuah portal sebelum ini, menyebut mengenai kemungkina­n wujud penyelewen­gan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganuger­ahan kontrak secara terus dibawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahka­n Kementeria­n Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Sebelum ini, SPRM berkata ia telah menjalanka­n siasatan awal terhadap isu itu pada April lepas setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Susulan itu, SPRM telah mengambil dokumendok­umen berkaitan daripada Kementeria­n Pendidikan mengikut lunas undangunda­ng yang ditetapkan di bawah Akta SPRM 2009 bagi diteliti sama ada ia mengandung­i unsur rasuah.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia