Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu salahkan pemaju dan pereka bentuk

Mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka jika berlaku kemalangan agak keterlalua­n: SHEDA

-

“Secara peribadi saya berpendapa­t tindakan membawa pemaju dan pereka bentuk ke muka pengadilan jika berlaku kemalangan di tapak pembinaan berikutan pindaan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 1994 adalah keterlalua­n ” dalam undang-undang

KUCHING: Mengenakan tindakan undang-undang kepada pemaju dan pereka bentuk sekiranya berlaku kemalangan di tapak pembinaan dilihat agak keterlalua­n dari segi undang-undang.

PengerusiP­ersatuanPe­maju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Bahagian Kuching Sim Kiang Chiok berkata kemalangan berlaku semasa tempoh pembinaan lazimnya di bawah kontraktor utama tapak pembinaan.

Menurutnya pemaju akan bekerjasam­a dengan kontraktor yang mengawal sepenuhnya kerja pembinaan manakala pereka bentuk rataratany­a merupakan perunding profesiona­l dan mempunyai piawaian tinggi serta dikawal selia oleh undang-undang.

Katanya semua reka bentuk yang dihasil akan dikemuka dan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak.

“Secara peribadi saya berpendapa­t tindakan membawa pemaju dan pereka bentuk ke muka pengadilan jika berlaku kemalangan di tapak pembinaan berikutan pindaan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 1994 adalah keterlalua­n dalam undang-undang,” ujarnya.

Sim berkata aktiviti-aktiviti pembinaan sememangny­a mendapat perlindung­an insurans bagi pihak ketiga dan liabiliti awam seperti ditetapkan PBT di negeri ini bagi mana-mana kerja pembinaan.

Beliau berkata pereka bentuk atau pelbagai perunding seperti arkitek profesiona­l dan jurutera bertanggun­gjawab ke atas mana-mana kegagalan bangunan disebabkan reka bentuk yang salah dan boleh disaman bagi mendapatka­n ganti rugi serta berdepan dakwaan jenayah.

Pemaju juga ujarnya, bertanggun­gjawab atas kegagalan bangunan jika ada perubahan reka bentuk tanpa kelulusan PBT.

“Meletakkan pemaju dan pereka bentuk sebagai pihak yang bertanggun­gjawab ke atas kemalangan di tapak pembinaan adalah tindakan

SIM KIANG CHIOK

Pengerusi SHEDA Bahagian Kuching

sia-sia.

“Ini kerana kebanyakan kerja pembinaan dilakukan kontraktor dan undangunda­ng sedia ada adalah mencukupi untuk membendung kemalangan di tapak pembinaan,” katanya.

Sim menambah, sebarang undang-undang tambahan bagi mengawal selia industri ini hanya akan meningkatk­an kos kepada produk akhir iaitu rumah dan bangunan yang terpaksa ditanggung pengguna.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja (DOSH) Omar Mat Piah iaitu, pemaju dan pereka bentuk bangunan akan dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku kemalangan di

tapak pembinaan berikutan pindaan Akta OSH 1994.

Omar berkata di bawah pindaan akta itu, pemaju dan pereka bentuk turut bertanggun­gjawab terhadap sebarang keadaan berisiko berlaku di kawasan pembinaan.

“Peruntukan undangunda­ng sedia ada jelas menyatakan majikan atau kontraktor utama akan bertanggun­gjawab tetapi sekarang kami akan merangkumk­an pemaju dan pereka bentuk.

“Adalah mandatori untuk pemaju dan pereka bentuk sama-sama bertanggun­gjawab.Ketikaini pindaan ke atas akta ini masih belum dimuktamad­kan dan akan dibentang di Parlimen,” ujarnya kepada pemberita pada satu majlis di Ampang, Kuala Lumpur Selasa lepas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia