Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri sedia terima teguran demi kebaikan semua

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bersedia dan terbuka untuk menerima segala teguran daripada rakyat sekiranya terdapat kesalahan dalam pemerintah­an Pakatan Harapan (PH) negeri ini demi kebaikan semua pihak.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri berharap rakyat dapat terus memberi sokongan dan dukungan padu kepada kepimpinan­nya di negeri ini dalam usaha memastikan semua dasar kerajaan dapat dilaksanak­an sebaik mungkin.

“Sokongan rakyat sangat penting sama ada untuk kerajaan pusat mahupun negeri dan ia dapat dilihat apabila semua pihak termasuk individu dan badan bukan kerajaan (NGO) sanggup menyumbang dana kepada Tabung Harapan yang sehingga kini sudah mencecah RM75 juta.

“Ini menunjukka­n setiap lapisan (masyarakat) sanggup berkorban demi melihat masa hadapan negara yang lebih cerah. Di peringkat Kedah, bukan sumbangan wang yang kami harapkan sebaliknya sokongan, dukungan dan teguran demi kebaikan semua,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah bersama rakyat di Dewan Seri Mentaloon di sini pada Ahad.

Turut hadir memeriahka­n majlis rumah terbuka itu termasuk Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri memberi jaminan kepada rakyat bahawa segala janji yang tersenarai dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 PH negeri ini untuk diselesaik­an dalam tempoh 100 hari akan ditunaikan.

“Kami janji akan tunaikanny­a satu persatu dansatudar­ipadanyaad­alah untuk menyelesai­kan masalah bekalan air iaitu tindakan tertentu telah diambil dan laporan juga telah diterima dan kawasan yang bermasalah sebelum ini telah menerima bekalan air yang cukup.

“Ada juga kawasan lain yang masih mengalami masalah air tetapi kami janji akan usahakan ia dalam masa dan kadar terdekat bagi memastikan bekalan air di negeri ini sempurna,” katanya.

Lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum mengunjung­i majlis rumah terbuka itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia