Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh cedera dilanggar teksi di Moscow

-

MOSCOW: Sekurang-ku-rangnya tujuh orang cedera kelmarin apabila seorang pemandu teksi di Moscow dipercayai tidak dapat mengawal keretanya dekat Dataran Merah pada hari ketiga kejohanan bola sepak Piala Dunia di Rusia.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disebar dalam media sosial menunjukka­n teksi kuning terbabit membelok ke kanan ketika ia cuba memintas beberapa trafik di satu lebuh sehala.

Ia memecut ketika ia sampai di laluan jalan kaki yang sesak dan memandu beberapa meter sebelum ia melanggar tanda trafik dan berhenti dengan mendadak.

Dua orang yang lalu di tempat kejadian segera cuba bersemuka dengan pemandu dan membuka pintu teksi.

Pemandu teksi itu akhirnya melompat keluar dan mula melarikan diri. Video klip itu tamat pada waktu orang ramai sedang mengejar lelaki itu di sebuah lorong jalan.

Pihak berkuasa bandar raya Moscow mengenali pemandu itu sebagai seorang warga berusia 28 tahun dari republik Kyrgyzstan di tengah Asia yang ditahan oleh polis untuk disoal siasat.

“Menurut maklumat awal, tujuh orang meminta bantuan perubatan,” jabatan polis Moscow menyebut dalam satu kenyataan.

“Punca awal bagi nahas itu ialah pemandu tidak dapat mengawal kenderaan.”

Polis belum mengeluark­an sebarang maklumat rasmi lanjut.

Laporan seorang saksi dari balai polis yang diterbitka­n dalam satu saluran Russian Telegram menunjukka­n pemandu itu sedang duduk di atas bangku dengan tangan digari dan kelihatan bingung.

Dia dipetik sebagai memberitah­u polis bahawa dia telah bekerja selama lebih dua hari tanpa henti-henti dengan memandu pelancong Piala Dunia dan tanpa sengaja menekan pedal minyak.

Insiden itu berlaku kira-kira 200 meter dari Dataran Merah ketika Moscow penuh sesak dengan peminat bola sepak asing yang mengambil gambar Kremlin.

ITAR-TASS dan agensi berita lain di Rusia kemudian memetik jabatan kesihatan Moscow sebagai berkata lapan orang cedera.

“Tujuh daripada mereka berada dalam keadaan me-muaskan dan seorang wanita berada dalam keadaan se-derhana,” seorang pegawai jabatan kesihatan Moscow yang tidak dikenali dipetik sebagai berkata.

Agensi berita RIA Novo-sti memetik sumber tidak dikenali sebagai berkata dua warga Mexico dan dua warga Azerbaijan cedera.

Polis menutup lebuh ber-kenaan selama kira-kira sejam sebelum ia dibuka semula kepada lalu lintas.

Keselamata­n merupakan kebimbanga­n tertinggi menjelang kejohanan yang berlangsun­g dari 14 Jun hingga 15 Julai.

Sekurang-kurangnya 600,000 pelancong asing dijangka melawat Rusia sepanjang acara yang ditonton paling ramai manusia di dunia itu.

Insiden itu berlaku sejurus selepas Argentina dan Iceland menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Spartak, Moscow, kira-kira 13 kilo-meter ke barat laut Dataran Merah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? POLIS memeriksa teksi yang rosak selepas ia melanggar orang ramai di Moscow, Rusia kelmarin.
— Gambar Reuters POLIS memeriksa teksi yang rosak selepas ia melanggar orang ramai di Moscow, Rusia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia