Utusan Borneo (Sabah)

PELABURAN RM1 BILION

Untuk pembanguna­n daerah-daerah di pantai timur

- Oleh YAP SIONG HAN

SEMPORNA: Kerajaan negeri bakal menerima pelaburan sebanyak RM1 bilion daripada syarikat tempatan untuk membangunk­an prasarana di daerah-daerah di pantai timur Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, syarikat itu adalah Kumpulan Hap Seng yang mana, mereka sememangny­a mempunyai pelbagai bidang pelaburan di negeri ini.

“Cuma saya ingin mengingatk­an bahawa pelaburan itu perlu ada fokus... dalam sektor mana yang mereka ingin laburkan.

“Baru-baru ini juga, saya telah membawa mereka (Kumpulan Hap Seng) berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaik­an sumbangan RM3 juta syarikat itu kepada Tabung Harapan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini pada Isnin.

Beliau berkata, keinginan syarikat itu melabur di Sabah sangat dialu-alukan memandangk­an mereka berasal dari Tawau dan berhasrat melabur dalam beberapa sektor seperti sawit.

Katanya, kerajaan akan pastikan memberi panduan kepada syarikat berkenaan, khususnya mengenai sektor yang ingin diceburi.

"Pelaburan seumpamany­a bukan sahaja akan dilaksanak­an di pantai timur Sabah tetapi juga daerah lain seperti Sipitang, Papar dan lain-lain," katanya.

Dalam isu berkaitan petisyen pilihan raya lalu, Shafie menjelaska­n pihaknya kini mempunyai bukti yang kukuh untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

Katanya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Sungai Sibuga, Kundasang, Parlimen Kimanis dan Sipitang mempunyai keputusan pilihan raya yang meragukan.

“Kawasan-kawasan itu tidak mempunyai kem tentera atau pasukan polis, tetapi banyak undi pos dibawa masuk dewan untuk dikira sehingga jam 4 pagi pada waktu pengiraan undi,” katanya.

Shafie yang juga Menteri Kewangan turut menjelaska­n semua pihak termasuk pembangkan­g boleh menggunaka­n dewandewan untuk melaksanak­an program.

Katanya, kerajaan baharu tidak akan menghalang mana-mana pihak menggunaka­n dewan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

"Gunakanlah dewan (yang ada), ia adalah untuk (kegunaan) orang awam juga, tetapi kena bayarlah sewa untuk kerja penyelengg­araan dewan serta pembayaran bil air dan elektrik," katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Dato Jaujan Sambakong dan Christina Liew, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong serta menteri Kabinet lain.

 ??  ?? SHAFIE bercakap kepada media sempena Rumah Terbuka itu yang dihadiri lebih 15,000 orang. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Jaujan Haji Sambakong (kiri) dan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan...
SHAFIE bercakap kepada media sempena Rumah Terbuka itu yang dihadiri lebih 15,000 orang. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Jaujan Haji Sambakong (kiri) dan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia