Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka wadah perpaduan semua kaum

-

KENINGAU: Lebih 5,000 orang menghadiri Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Keluarga Besar Tawik yang diadakan di Kampung Buang Sayang Bingkor, Keningau pada Hari Raya pertama.

Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Keningau dan Adun Tambunan Datuk Dr Jeffrey Kitingan, pemimpin politik, masyarakat Tionghua, pemimpin masyarakat, ahli keluarga Tawik, saudara mara serta rakan-rakan dari Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Robert Tawik sebagai hos dalam penganjura­n majlis itu berkata, perayaan yang diadakan di negara ini khususnya Hari Raya di Sabah menjadi wadah perpaduan dan keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama.

Katanya, ia terserlah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama pada majlis-majlis rumah terbuka dalam apa juga perayaan yang diadakan di negeri ini.

“Sambutan masyarakat terhadap rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh para pemimpin dan individu di daerah ini semakin meningkat tanpa dibatasi dengan perbezaan politik, kaum dan agama.

“Ini menunjukka­n majlis rumah terbuka telah menjadi wadah dan pemangkin kepada perpaduan masyarakat di negeri ini khususnya di daerah ini.

“Selain rumah terbuka, amalan kunjung mengunjung pada musim Hari Raya dapat mengeratka­n hubungan kekeluarga­an dan setiakawan,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Tawik, Haji Yazid Haji Hasnan Tawik menyifatka­n sambutan Hari Raya tahun ini walaupun dibuat sederhana sahaja namun begitu meriah sekali.

Katanya, masyarakat pelbagai kaum dan agama turut merayakan dalam suasana yang harmoni dan muhibbah.

“Bagi saya, sambutan Hari Raya setiap tahun menjadi landasan kepada seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini, khususnya di negeri ini mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan semangat setiakawan yang jitu.

“Saya berharap di bawah kepimpinan negara yang ada sekarang ini, perpaduan rakyat terus berkekalan dan menjadi contoh terbaik kepada negara lain di dunia,” katanya.

 ??  ?? ROBERT (empat kanan) bersama Yazid (dua kiri) dan Rafie (tiga kanan) bergambar bersama para tetamu majlis itu.
ROBERT (empat kanan) bersama Yazid (dua kiri) dan Rafie (tiga kanan) bergambar bersama para tetamu majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia