Utusan Borneo (Sabah)

MB persembah nama pengganti kepada Sultan Selangor

-

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Isnin mengesahka­n mempersemb­ahkan satu nama daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor baharu kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bagi mendapat perkenan baginda.

Menteri Besar Selangor itu bagaimanap­un tidak menyatakan sama ada nama calon menteri besar itu adalah dalam kalangan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sedia ada ataupun sebaliknya.

“Saya mempersemb­ahkan (nama calon MB) kepada tuanku setelah berbincang dengan kepimpinan PKR... saya telah dapat pengesahan nama untuk dipersemba­hkan kepada tuanku untuk exco dan juga menteri besar.

“Nama (bakal calon MB) akan diketahui esok,” katanya secara ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini, Isnin.

Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor terpaksa melepaskan jawatan menteri besar yang disandangn­ya berikutan pelantikan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabang­sa itu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas PH berjaya mempertaha­nkan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Mohamed Azmin turut mempertaha­nkan kerusi Parlimen Gombak pada pilihan raya umum itu.

Dua wakil rakyat Selangor disebut-sebut bakal menggantik­an beliau iaitu ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad dan ADUN Sungai Tua Amiruddin Shari.

Istana Selangor sebelum ini mengumumka­n Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualka­n hari ini di Istana Alam Shah, Klang.

Bernama difahamkan majlis raptai penuh bagi upacara angkat sumpah itu berlangsun­g Isnin. Bernama

 ??  ?? AZMIN
AZMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia