Utusan Borneo (Sabah)

PKR fail petisyen cabar kemenangan BN di Pensiangan

-

KOTA KINABALU: Calon Parlimen Pensiangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Raymond Ahuar memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Kota Kinabalu untuk mencabar kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Arthur Joseph Kurup.

Raymond berkata petisyen itu difailkan atas dasar politik wang di mana pengundi telah didakwa disogok, menurut mereka yang tampil selepas Pilihan Raya Umum ke-14, baru-baru ini.

“Terdapat kira-kira 30 orang mewakili keluarga mereka, yang secara sukarela membuat laporan polis mengatakan mereka telah diberi wang untuk mengundi.

“Pada mulanya, kita hanya mendengar khabar angin mengenai perkara itu tetapi lebih ramai orang secara sukarela membuat laporan, sementara sebahagian daripada mereka mengembali­kan wang yang mereka terima. Ini memberi keyakinan kepada kami untuk memfailkan petisyen,” katanya.

Menurut pengundi katanya, wang yang diagihkan dipercayai dari RM50 hingga RM1,000, yang dikatakan diserahkan sebelum, semasa dan selepas hari pengundian pada 9 Mei.

Raymond berkata alasan petisyen lebih bersandark­an kepada politik wang kerana tidak ada masalah dengan menandatan­gani dan penyerahan Borang 14.

“Suruhanjay­a Pilihan Raya menjalanka­n tugas mereka semasa pilihan raya. Kami juga tidak menyangka seperti yang berlaku pada PRU13, di mana terdapat gangguan bekalan elektrik.

“Mungkin ini (memfailkan petisyen) adalah satu cara bagi kami untuk mengadakan pilihan raya kecil di Pensiangan. Tetapi ia bukan persoalan menang atau kalah. Sekurang-kurangnya, kita mahu mendidik rakyat kita bahawa rasuah adalah satu kesalahan serius dalam manamana pilihan raya.

“Kebanyakan mereka yang ditangkap akan mengatakan mereka tidak tahu bahawa ia adalah salah untuk menerima wang. Ini juga menunjukka­n bagaimana BN berjaya membuat kami berfikir seperti itu,” katanya.

 ??  ?? RAYMOND tiba di Mahkamah Kota Kinabalu bersama penyokongn­ya kira-kira jam 9.30 pagi Isnin.
RAYMOND tiba di Mahkamah Kota Kinabalu bersama penyokongn­ya kira-kira jam 9.30 pagi Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia