Utusan Borneo (Sabah)

Sebutan semula kes lelaki warga asing didakwa cabul wanita tempatan

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini menetapkan sebutan semula kes pada 2 Julai terhadap seorang lelaki warga asing yang didakwa mencabul seorang wanita tempatan.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat keputusan itu terhadap Yu Feng Shan, 33, apabila pengadu dalam kes berkenaan menyatakan ingin menarik kembali kes terbabit.

Oleh itu, Pegawai Pendakwa Insp Suzie @Stephanie Kupit memohon satu tarikh baharu untuk mendapatka­n arahan daripada Timbalan Pendakwara­ya.

Tertuduh melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 29 tahun di sebuah pusat hiburan, Jalan KK Bypass, pada 31 Mei jam 11 malam.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh sepuluh tahun atau sebat, atau keduaduany­a.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada Yu yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Dalam kes berasingan, empat lelaki dikenakan denda atau penjara atas pelbagai kesalahan trafik.

Henry Butod, 40, Alex Goh Tangulau, 21, Mohd Farris Frslee Ismail, 30, dan Muhaymin Mubin, 23, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah.

Henry dikenakan denda RM2,000 atau penjara seminggu kerana menggunaka­n lesen cukai jalan yang diberikan untuk kenderaan lain.

Sementara Alex Goh yang didapati memandu tanpa lesen di Jalan Tuaran, dikenakan denda RM500 atau penjara seminggu.

Mohd Faris dan Muhaymin dikenakan denda RM850 atau penjara dua minggu atas dua kesalahan berbeza, kerana memandu tanpa lesen dan tidak memiliki polisi insurans pihak ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia