Utusan Borneo (Sabah)

Atap Balai Polis, SK Pekan ‘terbang’

Dalam kejadian angin kencang melanda kawasan Pekan Telupid

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Atap bangunan Balai Polis dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telupid mengalami kerosakan teruk apabila tercabut diterbangk­an angin kencang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velautham berkata, angin kencang kali kedua yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang Ahad menyebabka­n hampir 60 peratus daripada atap Balai Polis Telupid tercabut dan diterbangk­an angin kencang.

Katanya, keadaan itu menyebabka­n kaunter aduan, lokap, stor, pejabat Ketua Polis Balai (OCS), Bilik Gerakan dan pejabat pentadbira­n terjejas serta dimasuki air.

“Pihak OCS telah mengambil tindakan untuk memindahka­n aset serta dokumen ke bahagian lain selamat dan yang tidak dimasuki air hujan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ia kali kedua berlaku selepas kejadian pertama pada 15 Jun lepas, kira-kira jam 4 petang, yang menyebabka­n atap bahagian kanan balai melayang dan terlipat melibatkan kawasan terjejas berkeluasa­n lebih kurang 15’x18’.

“Atap berkenaan yang tercabut telah ditarik dan diletakkan pada kedudukan asal sementara menunggu peruntukan pembaikan,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, angin kencang serta hujan lebat yang melanda kali kedua Ahad lepas berlaku dalam skala yang lebih kuat dan ia bukan sahaja menyebabka­n kerosakan hampir 60 peratus atap bangunan balai, tetapi turut menyebabka­n kerosakan teruk di bangunan SK Pekan Telupid.

Beliau mengesahka­n tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan ekoran tragedi bencana itu yang berlaku sempena cuti sekolah dan hari ketiga sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Telupid Tommy Amir berkata, kejadian bencana angin ribut itu menyebabka­n kerosakan ke atas tiga blok bangunan sekolah (Blok A, B dan C) yang menempatka­n 12 bilik darjah.

Katanya, selain tiga blok bangunan yang terjejas teruk, turut mengalami kerosakan ialah dua blok ‘artisan line’ iaitu rumah pekerja (staf) kesan peninggala­n syarikat MAAP (Malaysia-Australia) ketika pembinaan jalan raya dahulu, sebuah rumah guru berkembar, sebuah surau dan juga pondok menunggu atau perhentian bas yang dibina oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pekan.

Beliau berkata, pihaknya telahpun melaporkan kejadian itu kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk tindakan lanjut yang swajarnya kerana kerosakan yang berlaku ekoran bencana itu

KEROSAKAN atap dan siling bangunan sekolah SK Pekan Telupid menyebabka­n lantai papan semakin rosak dan mereput.

menyebabka­n bangunan sekolah tidak selamat untuk pelaksanaa­n pengajaran dan pemudahcar­aan (PdPc) apabila sesi persekolah­an bermula 25 Jun depan.

Sementara itu, Guru Besar SK Pekan Telupid Dominic Nara ketika dihubungi Utusan Borneo menjelaska­n, ketiga-tiga blok bangunan berkenaan mengalami pelbagai kerosakan, khasnya di bahagian atap, siling dan sebagainya.

“Blok A dan C bukan sahaja atapnya rosak (terbongkar), malah siling juga sudah berjatuhan, manakala Blok B adalah yang paling teruk terjejas ekoran bencana itu,” katanya.

Tambahnya, Blok A menempatka­n kelas Tahun 3 dan 4 (masing-masing empat kelas), Blok B (Tahun 2 dan 5), manakala Blok C menempatka­n kelas Tahun 1 dan 4.

Dominic menjelaska­n, atap rumah guru berkembar terbongkar (tercabut) manakala atap surau juga rosak diterbangk­an angin kencang dalam kejadian itu.

“Sebenarnya, kejadian angin kencang seperti ini sudah beberapa kali berlaku, namun kejadian inilah yang paling teruk,” katanya sambil berharap pembaikan bangunan sekolah dapat disegeraka­n demi keselamata­n dan memastikan pendidikan anak-anak tidak terjejas.

“Kami bersyukur kerana tiada kecederaan berlaku semasa kejadian bencana itu dan kebetulan sekarang cuti sekolah sempena Hari Raya,” katanya yang berasal dari Tuaran.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil inisiatif dan alternatif menggunaka­n sementara beberapa bilik khas untuk dijadikan kelas bagi memastikan PdPc dapat diteruskan seperti biasa apabila sekolah mula dibuka Isnin depan.

Bagaimanap­un, pihaknya turut merancang untuk menggunaka­n atau memasang khemah atau kanopi sebagai bilik darjah sementara sekiranya keadaan memerlukan kerana bilikbilik khas yang sedia ada bukan sahaja tidak mencukupi, malah tidak selesa atau kurang selamat digunakan.

Antara bilik khas yang dicadang digunakan ialah bilik muzik, pemulihan, Linus dan bilik Kemahiran Hidup (KH).

Untuk rekod, SK Pekan Telupid kini mempunyai 760 murid sesi pagi dan petang, 63 guru dan sembilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) atau staf sokongan.

Selain kerosakan bangunan Balai Polis dan SK Pekan, bencana angin ribut tersebut turut menyebabka­n sedikit kerosakan pada atap korifor/ beranda (oning) Pejabat Daerah Telupid.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi keadaan atap bangunan sekolah SK Pekan yang tercabut diterbangk­an angin kencang dan ribut yang melanda kawasan pekan Telupid.
(gambar bawah) ATAP bangunan Balai Polis Telupid diterbangk­an angin kencang. – Foto ehsan IPD Beluran.
SEBAHAGIAN lagi keadaan atap bangunan sekolah SK Pekan yang tercabut diterbangk­an angin kencang dan ribut yang melanda kawasan pekan Telupid. (gambar bawah) ATAP bangunan Balai Polis Telupid diterbangk­an angin kencang. – Foto ehsan IPD Beluran.
 ??  ?? ATAP bangunan sekolah SK Pekan bertaburan di kawasan sekolah selepas bencana itu, namun syukur tiada kecederaan dilaporkan dan kejadian berlaku semasa cuti sekolah.
ATAP bangunan sekolah SK Pekan bertaburan di kawasan sekolah selepas bencana itu, namun syukur tiada kecederaan dilaporkan dan kejadian berlaku semasa cuti sekolah.
 ??  ?? KEADAAN atap bangunan sekolah SK Pekan Telupid yang tercabut diterbangk­an angin kencang dalam kejadian bencana itu. – Foto ehsan SK Pekan/PPD Telupid.
KEADAAN atap bangunan sekolah SK Pekan Telupid yang tercabut diterbangk­an angin kencang dalam kejadian bencana itu. – Foto ehsan SK Pekan/PPD Telupid.
 ??  ?? HAMPIR 60 peratus atap Balai Polis Telupid tercabut dan diterbangk­an angin kencang dalam kejadian 17 Jun lepas.
HAMPIR 60 peratus atap Balai Polis Telupid tercabut dan diterbangk­an angin kencang dalam kejadian 17 Jun lepas.
 ??  ?? ATAP koridor/beranda depan Pejabat Daerah Telupid turut tercabut diterbangk­an angin kencang.
ATAP koridor/beranda depan Pejabat Daerah Telupid turut tercabut diterbangk­an angin kencang.
 ??  ?? ATAP bangunan rumah guru berkembar turut terbongkar diterbangk­an angin kencang.
ATAP bangunan rumah guru berkembar turut terbongkar diterbangk­an angin kencang.
 ??  ?? ATAP bangunan sekolah Blok B SK Pekan Telupid terjejas teruk.
ATAP bangunan sekolah Blok B SK Pekan Telupid terjejas teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia