Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut

Pertembung­an dua kereta mengakibat­kan kematian seorang warga emas

-

LAWAS: Pertembung­an dua kereta di hadapan persimpang­an Jalan Kuala Lawas di sini, pagi Ahad mengakibat­kan kematian seorang penunggang motosikal warga emas.

Mangsa, Hujan Gimbam, 64, dari Kampung Belipat, Jalan Pun ang di sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh kereta yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di persimpang­an jalan tersebut.

Dalam kejadian jam 11.10 pagi Ahad, sebuah kereta dalam perjalanan dari Punang menuju ke bandar Lawas, dilanggar kereta lain yang membelok keluar ke kiri dari simpang Jalan Kuala Lawas, juga menuju ke bandar Lawas.

Akibat perlanggar­an tersebut, kereta pertama terbabas lalu berpusing beberapa kali sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa yang dalam perjalanan dari Lawas menuju ke Punang.

Mangsa yang meninggal dunia kerana kecederaan parah kemudian dibawa ke Hospital Lawas, sementara pemandu kereta pertama yang berusia 52 tahun cedera ringan dan pemandu kereta kedua pula, seorang warga emas berusia 66 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, dalam kejadiang berasingan, seorang lelaki warga Thailand berusia 44 tahun terbunuh dalam kemalangan di KM98 Jalan Miri-Bintulu, sekitar jam 8.50 malam kelmarin (Sabtu).

“Mangsa dalam perjalanan menuju ke Miri dari Bintulu apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu tergelinci­r ke bahu ” jalan sebelum terbalik beberapa kali SUPERINTEN­DEN ALEXSON NAGA CHABU Ketua Jabatan Penguatkua­sa dan Siasatan Trafik Negeri

Ketua Jabatan Penguatkua­sa dan Siasatan Trafik Negeri Superinten­den

Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Samphan Khamsopha meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah.

“Mangsa dalam perjalanan menuju ke Miri dari Bintulu apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu tergelinci­r ke bahu jalan sebelum terbalik beberapa kali.

“Sementara itu, mangsa pula terpelanti­ng keluar dari kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya itu,” jelas beliau sambil menambah, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? ORANG ramai mengerumun­i tempat kejadian.
ORANG ramai mengerumun­i tempat kejadian.
 ??  ?? AHLI keluarga meratapi mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.
AHLI keluarga meratapi mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia