Utusan Borneo (Sabah)

Adun PRS diminta bekerja lebih keras, kerap turun padang

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) diminta bekerja lebih keras dan kerap turun padang mendekati rakyat sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) pada 2021.

Perkara itu dinyatakan Presidenny­a Tan Sri Datuk Amar James Masing pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di sini pada Ahad.

Ujarnya kesemua 11 Adun daripada PRS tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian setakat ini lebihlebih dengan senario politik sekarang.

“Saya menasihati kesemua Adun kita agar melakukan seperti ketika kami menjadi pembangkan­g pada 1987 hingga 1994 dan memberitah­u mereka agar bekerja keras, melakukan apa yang sepatutnya untuk rakyat.

“Kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian sekarang lebih-lebih lagi dengan apa yang berlaku kepada BN di peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14 ) lalu,” ujarnya.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata sebagai pembangkan­g di peringkat persekutua­n PRS perlu memainkan peranan dengan berkesan.

“Sekarang kita sedia maklum, tiada lagi kemudahan daripada kerajaan pusat untuk kita dan Sarawak amnya,” ujar beliau.

Sementara itu Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Senadin Datuk Seri Doris Sophia Brodie menyangkal dakwaan mengatakan 1,000 ahli parti di cawangan itu keluar parti.

“Dayak Daily melaporkan Richard bersama 1,000 ahli parti cawangan Senadin keluar PRS pada 15 Mei lepas. Kenyataan Richard Will (Uban) adalah tidak benar, satu pembohonga­n.

“Sebelum mesyuarat hari ini (Ahad) PRS Senadin mempunyai 1,111 ahli dan hari ini kita menerima 63 permohonan baharu menjadi 1,174 orang,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia