Utusan Borneo (Sabah)

Isu pembanguna­n minyak, gas di Sarawak perlu penelitian terperinci: SPG

-

KUCHING: Pihak Suarah Petroleum Group (SPG) melihat isu pembanguna­n terkini minyak dan gas di Sarawak memerlukan penelitian terperinci.

Sebagai penyumbang aktif dalam memperbaha­rui ekuiti dan pendapatan minyak dan gas untuk Sarawak, SPG menyeru semua pihak bertenang dan mengurangk­an ketegangan di antara Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mengetuai Kerajaan Sarawak dengan Pakatan Harapan yang mebentuk kerajaan persekutua­n sekarang.

“Kami mengulangi misi kami iaitu untuk memberi nasihat dan perkhidmat­an profesiona­l bagi memaksimum­kan manfaat sosioekono­mi Sarawak dan melindungi hak-haknya dalam industri minyak dan gas untuk generasi sekarang dan akan datang.

“Dalam penglibata­n awal kami dengan Kementeria­n Perindustr­ian dan Sumber Asli Sarawak pada 2015, kami telah menegaskan bahawa Petronas akan menjadi organisasi yang menggerunk­an tetapi Sarawak telah meletakkan situasi konfrontat­if, seperti sekarang.

“Ia telah dikemukaka­n dalam kertas terdahulu kepada Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.

SPG turut menekankan bahawa kebimbanga­n pihaknya mengenai perlunya kemapanan dan kesan pengganda ekonomi yang kuat, dasar serta strategi eksploitas­i minyak dan gas di Sarawak.

Oleh itu, Sarawak memerlukan pendekatan holistik bagi menghapusk­an ketidaksei­mbangan, perkongsia­n dan pengedaran yang tidak adil dan penciptaan nilai yang kurang berkesan bagi negeri ini.

Ia memerlukan penyesuaia­n kepada sinergi undangunda­ng, dasar dan ekosistem iaitu penyertaan lebih saksama dalam kalangan entiti peringkat persekutua­n dan negeri.

Pihaknya menekankan bahawa daripada memberi tumpuan sepenuhnya kepada perspektif undang-undang, Sarawak perlu membangunk­an ‘Model Penciptaan Nilai Dalam Negeri’ sendiri.

Selain itu, berusaha menggunaka­n formula lebih generatif untuk mewujudkan penyertaan yang lebih sihat syarikat Sarawak iaitu dengan tidak memberi peluang perniagaan disalurkan semuanya ke Semenanjun­g sebagaiman­a yang dilakukan Petronas sekarang.

Sarawak tegasnya, perlu mempunyai faktor yang boleh dirasakan di peringkat bawah bagi memberi peluang pekerjaan kepada rakyatnya sendiri.

Model sedemikian sudah wujud dan dilaksanak­an di United Kingdom, iaitu pendekatan Scotland membangun hab minyak dan gas miliknya, bukan memberi Petronas untukmem persekutua­n kan perspektif ekonomi pihaknya ke arah memaksimum­kan kutipan hasil keuntungan bagi tabung kerajaan persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia