Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan wanita Orang Ulu digesa tubuh landasan bantu pelajar

-

MIRI: Kumpulan wanita Orang Ulu di sini digesa menubuhkan satu landasan usaha membantu masyarakat Orang Ulu khususnya golongan pelajar terdiri daripada keluarga kurang berkemampu­an.

Gesaan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau pada majlis ‘Gawai Dayak Get Together 2018 Dinner’ anjuran kumpulan wanita Orang Ulu diketuai Kijan Toynbee di sini Jumaat lalu.

Hadir sama isteri Dennis, Debbie Irang dan Penghulu Freddie Abun.

Dennis berkata, terdapat segelintir anak-anak masyarakat Orang Ulu tidak dapat bersekolah atau melanjutka­n pelajaran mereka kerana masalah kewangan.

“Malah, saya sendiri beberapa kali dihubungi oleh ibu bapa terbabit bagi membantu mencari kewangan anak-anak mereka bersekolah terutama pada awal tahun sesi persekolah­an.

“Saya hanya dapat membantu beberapa mereka sahaja dan tidak semuanya.

“Oleh itu, jika mahu membantu dan melakukan sesuatu program demi masa depan anak-anak Orang Ulu kita pertimbang­kan cadangan dari segi dana pendidikan,” katanya.

Menurut Dennis, terdapat kalangan masyarakat Orang Ulu yang mampu membantu, tetapi ia harus ada pihak untuk memulakann­ya.

Justeru, beliau mahu kumpulan wanita Orang Ulu terbabit mengambil terdahulu cabaran berkenaan.

“Usaha ini boleh dilaksanak­an secara berterusan agar kita dapat melihat kesan positifnya untuk anak-anak Orang Ulu.

“Saya yakin, usaha ini akan mendapat banyak sokongan daripada masyarakat setempat termasuk wakil-wakil rakyat di sini,” katanya.

Menurutnya, bagi membantu program kebajikan itu kumpulan terbabit boleh bekerjasam­a dengan Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) untuk tujuan objektif yang sama.

Mengenai majlis makan malam itu, Dennis memuji usaha Kijan menganjurk­an acara tersebut dengan mengumpulk­an masyarakat Orang Ulu khususnya kaum wanita bersama menghadiri­nya.

“Saya mengenali Kijan untuk tempoh agak lama termasuk ketika beliau sebagai setiasausa­ha politik ketua menteri. Beliau seorang wanita sangat rajin dan sentiasa menganjurk­an acara bersama wanita-wanita Orang Ulu seperti malam ini,” ujarnya.

Katanya acara itu bukan sahaja menyediaka­n tempat tetamu bersama menyambut Hari Gawai tetapi berpeluang untuk bergaul mesra mengeratka­n hubungan.

 ??  ?? (ENAM kiri) Debbie, Dennis dan Kijan bersama ahli kumpulan wanita Orang Ulu memotong kek perasmian majlis ‘Gawai Dayak Get Together 2018 Dinner’, Jumaat lalu.
(ENAM kiri) Debbie, Dennis dan Kijan bersama ahli kumpulan wanita Orang Ulu memotong kek perasmian majlis ‘Gawai Dayak Get Together 2018 Dinner’, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia