Utusan Borneo (Sabah)

Mayat ditemui terapung dalam pembetung

-

BINTULU: Orang ramai di sekitar kawasan Batu 8, Jalan Bintulu-Miri dekat sini, dikejutkan dengan penemuan mayat tanpa identiti yang terapung dalam pembetung parit bersebelah­an Lebuh Raya Pan Borneo yang dalam proses pembinaan, sekitar jam 5.30 petang kelmarin (Sabtu).

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili mengesahka­n mangsa yang hanya berseluar pendek itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas berikutan keadaan mayatnya yang masih sempurna.

“Setakat ini, kami masih masih menunggu keputusan bedah siasat Unit Forensik Hospital Bintulu bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa,” jelasnya.

Pihak polis katanya, terpaksa menggunaka­n khidmat pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bagi mengeluark­an mayat mangsa dari pembetung berikutan kawasan parit yang agak curam dan dalam.

Jelasnya, pihak bomba mengambil masa kirakira setengah jam bagi mengeluark­an mayat mangsa sebelum operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 6 petang.

Setakat ini katanya, kes ini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut, bagaimanap­un punca kematian hanya dapat diketahui setelah keputusan penuh bedah siasat dikeluarka­n nanti.

“Saya menggesa kepada keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang sudah lama tidak pulang ke rumah agar menghubung­i pihak polis bagi membolehka­n proses pengecaman mayat dilakukan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat dari lubang pembetung parit di kawasan Batu 8, Jalan Bintulu-Miri.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat dari lubang pembetung parit di kawasan Batu 8, Jalan Bintulu-Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia