Utusan Borneo (Sabah)

Banjir di Kampung Baru Hilir tiada kesudahan

Penduduk tampil merayu simpati wakil rakyat, k’jaan mengatasi masalah banjir kilat di kampung itu

-

KUCHING: Penduduk Kampung Baru Hilir Sri Aman sekali lagi tampil merayu simpati wakil rakyat dan kerajaan untuk mengatasi masalah banjir kilat di kampung itu.

Kali ini masalah disuarakan wakil daripada lebih 100 buah rumah, Maleki Lee yang berkata ini kali kedua mereka menyuaraka­n masalah menerusi saluran media.

“Kami terpaksa berbuat demikian setelah masalah yang menimpa penduduk belum diselesaik­an ... dengan masalah banjir kilat tetap berlaku hari ini (Ahad),” katanya kepada Utusan Borneo.

Katanya, rumah miliknya paling terjejas berbanding rumah-rumah lain, memaksa dia membuat penghadang di hadapan pintu rumah menggunaka­n kayu.

“Ketika ini, situasi banjir kilat semakin buruk iaitu berlaku setiap bulan apabila berlaku fenomena ‘King Tide’ (pasang besar).

“Belum lagi musim tengkujuh memaksa kami anak-beranak tidak berani meninggalk­an rumah setiap kali melihat jadual fenomena itu di kalendar,” ujarnya dan menambah kali ini banjir kilat

“Kami terpaksa berbuat demikian setelah masalah yang menimpa penduduk belum diselesaik­an ... dengan masalah banjir kilat ” tetap berlaku hari ini (Ahad) MALEKI LEE Wakil penduduk

berlaku sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan secara tidak langsung menjejaska­n kemeriahan suasana raya kali ini.

Bercakap lanjut, beliau berkata setakat ini belum melihat kelibat wakil rakyat mahupun agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran meninjau permasalah­an tersebut.

“Kami bukan mahukan layanan istimewa sebaliknya cukup agar masalah banjir ini segera diatasi. Pintu banjir yang bernilai RM160,000 untuk fasa satu dan RM1 juta untuk fasa dua tidak mampu mengatasi masalah sedia ada malah memerlukan penyelengg­araan berterusan daripada pihak berwajib,” katanya.

“Ia adalah dilema berterusan kami, justeru menagih tindakan proaktif pihak berkuasa bagi mengatasi masalah tersebut agar tidak berulang pada masa akan datang,” ujarnya.

Katanya, tindakan proaktif pihak berkuasa dalam mengatasi masalah itu amat ditagih sebelum ia memakan korban memandangk­an ancaman haiwan berbisa termasuk buaya susulan limpahan air dari Sungai Batang Lupar yang terletak berhampira­n kampung itu.

 ??  ?? PEKARANGAN salah sebuah rumah di Kampung Baru Hilir Sri Aman yang dinaiki air kelmarin yang mengundang keresahan berpanjang­an penduduk.
PEKARANGAN salah sebuah rumah di Kampung Baru Hilir Sri Aman yang dinaiki air kelmarin yang mengundang keresahan berpanjang­an penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia