Utusan Borneo (Sabah)

16 anak muda sertai program Ziarah Selawat Syawal 2018

-

BETONG: Seramai 16 anak muda Kampung Baru Hulu di sini menyertai program Ziarah Selawat Syawal 2018 pada Hari Raya Aidilfitri melibatkan ziarah ke rumah-rumah penduduk kampung.

Menurut pembimbing program, Johari Alimi program dirancang melibatkan mereka yang berusia sembilan hingga 14 tahun.

“Bermula program asas keagamaan, Tarranum sehingga tadarus sepanjang bulan Ramadan, beliabelia diserap meneruskan program-program berlandask­an keagamaan.

“Kita memikirkan untuk menyediaka­n program ziarah sempena sambutan perayaan Aidilfitri bermula tahun ini.

“Ia bertujuan membentuk sahsiah yang baik kalangan individu yang diterapkan di peringkat seawal usia kanak-kanak.

“Sekali gus mewujudkan budaya ziarah beretika antara golongan muda dan orang tua di samping mengisi masa Syawal dengan aktiviti berkualiti dan beransur keagamaan,” katanya.

Menurutnya, mereka dilatih berselawat dan dijalankan ketika berkunjung ke rumah penduduk dan bersalaman dengan tuan rumah.

“Ini menjadikan mereka lebih tertib dan bersopan semasa menjalanka­n ziarah dengan amalan berselawat,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk menerima ziarah memberi respons positif dan menyokong program yang dijalankan.

Menurutnya, program ini memberi peluang kepada anak-anak meneruskan amalan berziarah dalam kalangan penduduk kampung.

“Ini adalah salah satu cara membimbing anak-anak muda ke arah penerapan budaya masyarakat Melayu agar dapat diamalkan ketika sambutan perayaan.

“Penduduk disenaraik­an dalam program ziarah ini juga bersedia dengan kunjungan mereka menyediaka­n sajian hari raya kepada rombongan,” jelasnya.

Apapun program ini amat bagus tetapi perlu ditambah baik agar mereka menyertai tidak berasa ‘terpaksa’ kerana terlalu banyak rumah dikunjungi dalam tempoh masa singkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia