Utusan Borneo (Sabah)

Perlu kepastian laporan kelewatan projek sekolah daif

-

KUCHING: Datuk Seri Fadillah Yusof perlukan kepastian berhubung laporan mengenai kelewatan pelaksanaa­n projek sekolah daif menggunaka­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) di negeri ini.

Menurut bekas Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya ini, projek-projek ini tidak hanya dilaksanak­an di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia tetapi juga Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Justeru katanya, bila dilaporkan berlaku kelewatan dalam pelaksanaa­n projek menggunaka­n IBS beliau perlukan kepastian sama ada kelewatan tersebut melibatkan projek di bawah JKR atau KPM.

“Keseluruha­nnya adalah lebih 100 sekolah daif yang perlu dilaksanak­an di negeri ini di mana sebahagian­nya dikendalik­an oleh JKR dan selebihnya dikendalik­an oleh KPM.

“Jadi bila dikatakan projek ini di belakang jadual, ia melibatkan projek di bawah JKR atau KPM,” katanya.

Fadillah berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen yang mendakwa 85 peratus daripada projek ini mengalami kelewatan.

Malah Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong juga berkata beliau dan kementeria­n tiada kaitan dengan perkara ini dan meminta Fadillah menjelaska­nnya.

Bagi mengelak kekeliruan rakyat berhubung isu ini, Fadillah semalam turut mengeluark­an kenyataan rasmi mengenai perkembang­an pelaksanaa­n projek sekolah daif di negeri ini setakat ini.

Menurut Fadillah ketika beliau menjadi Menteri Kerja Raya, Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima bagi Pembinaan Semula dan Manaik Taraf Sekolah Daif Menggunaka­n Kaedah IBS di Sarawak telah diadakan pada 23 Februari 2018.

Fasa pertama kerja naik taraf dan pembinaan semula sekolah daif di Sarawak melibatkan 116 sekolah dan 50 daripada projek berkenaan dilaksanak­an oleh JKR Malaysia manakala 66 lagi oleh KPM.

JKR Malaysia katanya, juga telah melantik JKR Sarawak sebagai agensi pelaksana dengan menggunaka­n reka bentuk yang disediakan JKR Malaysia dan kontraktor dipilih sendiri oleh JKR Sarawak.

Bagi 50 sekolah di bawah fasa pertama yang dilaksanak­an oleh JKR, sebanyak 13 kontraktor telah dipilih oleh JKR Sarawak untuk melaksanak­annya dalam 13 pakej.

Kaedah pembinaan projek yang menggunaka­n teknologi Sistem IBS mampu disiapkan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding kaedah konvension­al.

Sehubungan itu, kerajaan sebelum ini telah memutuskan supaya kaedah IBS digunakan sepenuhnya dalam pembinaan sekolah-sekolah daif ini.

Kesemua 50 projek yang dilaksanak­an JKR di Sarawak itu sepatutnya siap pada 27 Jun 2018.

“Saya difahamkan oleh pihak JKR setakat ini 21 daripada 50 projek di Sarawak kini mendahului jadual.

“Saya juga dimaklumka­n oleh pihak JKR bahawa 29 lagi projek kini mengalami kelewatan antara 0.43 peratus hingga 30.76 peratus berpunca daripada masalah tapak tanah yang di luar jangkaan dan memberi kesan kepada kerja ‘piling’.

“Kerja ‘piling’ tertunggak sejak 17 Mac 2018 dan hanya dapat diteruskan semula pada 4 Mei 2018 selepas masalah berkaitan dapat ditangani,” katanya sambil menambah, punca lain kelewatan ialah masalah kontraktor, pembekalan dan masalah cuaca.

Dalam pada itu sekolah yang mendahului jadual kerja masingmasi­ng ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rentap di Sarikei, SK Pujut Corner di Miri, SK Sungai Petai di Sarikei, SK Kampung Pangtray di Daro, SK Sungai Sugai di Julau, SK Ulu Sungai Salim di Sibu, SK Limpaki di Limbang, SK Sebangki di Lubok Antu, SK Sungai Pinang di Puncak Borneo, SJK Hua Kwong di Miri dan SK Melaban di Lubok Antu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia