Utusan Borneo (Sabah)

Bank Jepun positif ke arah memberi kredit yen kepada Malaysia

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hantar nota ‘jelas’

-

PUTRAJAYA: Beberapa institusi perbankan Jepun memberi respons positif bagi memberi kredit yen dalam bentuk pinjaman mudah kepada Malaysia, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa.

Menurutnya, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah menghantar nota ‘jelas’ yang sektor kerajaan dan swasta perlu mempertimb­angkan permintaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat permintaan itu kepada rakan sejawatnya itu semasa lawatan ke Jepun minggu lepas.

“Semasa saya berada di Tokyo, selepas lawatan kerja Dr Mahathir, saya telah bertemu dengan presiden beberapa institusi perbankan. Sambutan mereka sangat positif. Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun juga mempertimb­angkannya (cadangan itu).

“Saya berharap untuk mendapat respons yang positif,” katanya pada sidang akhbar selepas kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di sini, pada Ahad.

Kerajaan baharu di bawah Dr Mahathir, yang telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh bulan lepas, mendapati hutang kerajaan persekutua­n telah mencapai RM1 trilion dan sedang mencari jalan untuk menurunkan kadar itu.

Perdana Menteri berkata, jika kredit yen diberikan sebagai pinjaman mudah, ia akan membantu negara menangani masalah hutangnya.

Semasa krisis kewangan 1997, Malaysia mendapat pinjaman mudah dari Jepun dengan kadar faedah hanya 0.7 peratus, dibayar balik dalam tempoh 40 tahun.

Mengenai perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Jepun, Miyagawa yakin kerajaan baharu itu akan meningkatk­an keyakinan pelabur Jepun.

Pelabur Jepun akan gembira untuk bekerja dan memperkuku­hkan lagi kerjasama perdaganga­n dan pelaburan industri dengan Malaysia.

“Sejak tiga hingga empat tahun yang lalu, industri telah ragu-ragu untuk melabur di Malaysia berikutan pergolakan politik di negara ini. Ini telah mengurangk­an jumlah perdaganga­n antara kedua-dua negara.

“Bagaimanap­un, pentadbira­n baharu telah membuktika­n mereka telus dan akan mengamalka­n tadbir urus yang baik yang saya

DR MAKIO MIYAGAWA, Duta Besar Jepun ke Malaysia

berpendapa­t akan memberikan sesuatu yang positif kepada penglibata­n mereka. Sudah pasti, perdaganga­n akan meningkat,” katanya.

Dr Mahathir juga mencadangk­an supaya Jepun terbabit dalam landskap pendidikan tinggi Malaysia dengan menubuhkan kampus cawangan universiti di Malaysia.

Miyagawa berkata, Abe telah mengarahka­n beliau untuk mencari sebuah universiti yang baik bagi menubuhkan sebuah kampus universiti cawangan di Kuala Lumpur.

“Saya telah menemui dan menilai beberapa universiti. Kami sedang cuba untuk memenuhi permintaan itu secepat mungkin,” katanya.

Menurut Miyagawa, rakyat Malaysia dialu-alukan untuk bekerja di Jepun atau di syarikat Jepun yang berpangkal­an di Malaysia.- Bernama

“Semasa saya berada di Tokyo, selepas lawatan kerja Dr Mahathir, saya telah bertemu dengan presiden beberapa institusi perbankan. Sambutan mereka sangat positif. Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun juga ” mempertimb­angkannya (cadangan itu).

 ??  ?? DR Wan Azizah (kiri) pada sidang media bersama Dr Makio di pejabatnya di Putra Perdana.
DR Wan Azizah (kiri) pada sidang media bersama Dr Makio di pejabatnya di Putra Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia