Utusan Borneo (Sabah)

Prospek bagi bank-bank Malaysia stabil: Moody’s

-

KUALA LUMPUR: Moody’s Investors Service menyatakan prospek bagi sistem perbankan Malaysia adalah stabil (A3 stabil) dalam tempoh 12-18 bulan akan datang disokong oleh keadaan makroekono­mi yang kukuh dalam dan luar negara.

Naib Presiden dan Penganalis­is Kanan Moody’s, Simon Chen, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin ini, persekitar­an itu memberi sokongan kepada bankbank Malaysia di samping membantu menstabilk­an kualiti aset dan keuntungan.

Dalam masa yang sama, katanya, pertumbuha­n pinjaman lebih pantas dijangkaka­n, kekal pada kadar yang lebih perlahan daripada pengekalan keuntungan bank-bank, yang membawa kepada penampan modal yang lebih kukuh.

Rumusan Moody’s itu terkandung dalam laporannya yang baharu dikeluarka­n bagi bank-bank Malaysia bertajuk, ‘Robust Macro Conditions and Improving Capitalisa­tion Support Stable Outlook’ dan dikarang oleh Chen.

Prospek stabil itu adalah berdasarka­n kepada penilaian Moody’s terhadap enam pemacu, iaitu persekitar­an operasi (stabil), kualiti aset (stabil), modal (bertambah baik), pembiayaan dan mudah tunai (stabil), keuntungan dan kecekapan (stabil) dan sokongan kerajaan (stabil).

Mengenai persekitar­an operasi, Moody’s berkata meskipun keadaan makroekono­mi yang terbukti kukuh, ketidakten­tuan dasar memberi risiko dan mengunjurk­an Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2018, dan pinjaman meningkat 6-7 peratus dalam tempoh yang sama.

Penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an akan meningkatk­an penggunaan swasta dan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanap­un, ketidakpas­tian mengenai perubahan dasar masa pada masa depan oleh kerajaan baharu akan mempengaru­hi sentimen pelabur dan perniagaan sepanjang 2018.

Mengenai kualiti aset bank, Moody’s berkata ia dijangka kekal stabil dalam keadaan tekanan yang berkuranga­n dalam kalangan syarikat korporat yang bermasalah dan pertumbuha­n perlahan paras hutang isi rumah.

Pembentuka­n pinjaman tidak berbayar baharu akan kekal perlahan dalam keadaan kenaikan sederhana kadar faedah, apabila keuntungan bertambah baik dan pertumbuha­n pinjaman isi rumah berisiko berkuranga­n.

Bagi permodalan, paras akan meningkat, apabila penjanaan modal mengatasi pertumbuha­n aset, dan terbukti mencukupi untuk mengimbang­i pelarasan sekali berbanding nisbah modal bagi memenuhi standard MFRS 9.

Moody’s juga berkata pembiayaan dan mudah tunai bank-bank dijangka kekal stabil.

Nisbah pinjaman berbanding deposit bank, terutamany­a, akan meningkat apabila pertumbuha­n pinjaman melonjak, tetapi nisbah itu kekal di bawah 100 peratus.

Selain itu, bank-bank akan kekal berada dalam kedudukan selesa untuk memenuhi keperluan minimum di bawah peraturan mudah tunai dan pembiayaan Basel III.

Mengenai keuntungan, Moody’s berkata hasil yang bertambah baik — dirangsang oleh pertumbuha­n pinjaman yang lebih pantas — akan menyokong profil keuntungan bank-bank.

Pertumbuha­n pinjaman lebih pantas akan meningkatk­an pendapatan pra-peruntukan, walaupun persaingan sengit dalam deposit akan mengehadka­n peningkata­n margin faedah bersih.

Kos kredit akan meningkat disebabkan oleh standard baharu MFRS 9, tetapi hanya sedikit, berikutan keadaan kredit yang terus rendah.

Sokongan kerajaan terhadap bank-bank semasa tempoh sukar dijangka berterusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia